Hujung minggu ni ada kenduri di Seremban, sempena SIL yang akan berangkat ke negara orang tak lama lagi.
Dan tak lama lagi juga kemungkinan kami akan berpindah ke rumah SIL tu. Kiranya macam menjaga rumah tu lah. Cuak juga nak 'take over' rumah orang ni. Almaklum rumahnya cantik bersih kemas. Anak-anak saya pula aktif belaka.
Rumah di Shah Alam? Insyaallah akan disewakan. Ada sesiapa yang berminat? :)
Sekarang ni adalah confuse samada nak guna agent atau cari sendiri penyewa. Kalau guna agent, dia yang uruskan semua kan? Kita tunggu je sampai ada orang nak menyewa. Kalau cari sendiri, kalau orang nak tengok rumah, kita kena turun sekali, which is takde lah masalah bagi saya pun. Cuma En Abah yang risau. Tak bagi saya jumpa orang asing sorang-sorang. Kot takut jadi apa-apa hal.
Oh kalau seriously ada orang berminat nak menyewa rumah dua tingkat di Shah Alam, bagitau lah saya ye ;)
2 comments:
hi zet,
If nak sewakan umah ko iklankan ajek kat mudah tu.. mmg mudah. tak yah agent pon tak pe.. cuma nak prepare agreement umah tu leh jek mintak mana2 agent buatkan. kalo ko nak wat sendiri pon boleh cuma kena hntr stamping ajek rm10. settle. lg pun tak yah bayar agent.. agent amik 1 month sewa rasanya. Based on pengalaman aku advert umah utk sewa kat mudah mmg senang.. dlm 1 wk advert dah beratur org nak sewa. hehe.. cuma ko kena tapis awal2 aa masa diorang call tu.. cth ko nak sewakan kat family ke student ke.. couple br kawin ke..
rina,
tang nak tapis orang tu yang risau tu. kot dapat yang jenis pandai berlakon ke kan. hehe.
Post a Comment