Tuesday, March 2

Aura Singa Betina

Semalam cuti. Asalnya cuti sebab En Abah kononnya ada appointment dan saya sebagai isteri yang solehah kena ikut dia, tapi appointment nya tak jadi. 


Tapi, nasib baik juga cuti semalam. Sebab takde siapa jaga anak-anak. Ayah saya pi hantar kereta ke workshop. So, semalam sempat le jadi SAHM :)


Tapi, sungguh la. Tiap-tiap hari datang kerja, asyik dok pikir, bila laaa boleh jadi SAHM. Jaga anak, jaga rumah. 


Tapi (berapa banyak tapi daaa), baru je sehari menjadi SAHM tak bertauliah, aura singa betina sentiasa lah terpancar. Huhu. Memang lah haku ni bukan bangsa penyabar gamak eh. Sangat menduga kesabaran sungguh dengan budak-budak dua orang ni. Ni baru dua, kalau empat macam CY atau KNV, macamana la saya ni agaknya. Sungguh la kagum dengan mak-mak yang ada anak lebih dari dua orang.


Nampaknya projek ketiga mungkin harus di postpone kan sehingga waktu yang sesuai (dan badan si singa betina dah kurus sikit) nanti :)


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!