Politik ofis kadang kala menyesakkan jiwa raga. Hidup seseorang boleh jadi kacau bilau disebabkan politik ofis.
Kadang-kadang terfikir, jadi baik pun kena henyak, jadi bi**h kena umpat. Garang pun salah, baik punnnn salah. Kalau garang atau suruh orang buat kerja, katanya bossy. Kalau beralah, kena buli pula. Sudahnya bos yang buat semua kerja staf.
Bila duduk senyap-senyap membaca blog buat kerja pun boleh jadi umpatan orang. Haih. Manusia. Manusia. Tak boleh nak tengok orang hidup dengan tenang ya? Orang takde cari pasal dengan kamu, kamu sibuk-sibuk jaja cerita orang. Kamu ingat kamu sempurna sangatkah?
Sebelum sebok menjaja cerita orang lain, carilah cermin. Lihat wajah anda sedalam-dalamnya, muhasabah lah diri.
'Adakah aku begitu sempurna hingga orang lain nampak begitu hodoh sekali di mata aku?'
Tanya soalan yang sama kepada diri sendiri sebanyak 44 kali. Nak tanya 8 juta kali lagi bagus. Kalau jawapannya tetap 'Ya', itu bermakna anda sebenarnya adalah perahsan! Perahsan nak mamp*s! :P
Kalau kita rasa kita bagus, ada orang lain yang jaaaauh lebih bagus dari kita. Kalau kita rasa orang lain lemah, banyak kekurangan, kita pun begitu juga. Kalau kita rasa kita ni berkuasa hingga mampu buat orang lain terduduk down macam nak mati, ingatlah, Dia yang Paling Berkuasa. Jangan sampai Dia tarik kuasa yang kita ada, sampai kita pula yang terduduk tak boleh bangun-bangun nanti.
Hidup ini sekejap saja. Alangkah ruginya hidup yang sekejap ini diisi dengan perkara-perkara yang mendatangkan marah orang lain.
Terasa macam pakar motivasi pulak :P
3 comments:
tul tu...kdg2 kita nie manusia suke sgt JAGA tepi kain orang n terlupa kain sendiri tersingkap..
tak pe sskali jadi pakar motivasi mak pun suke :p
itulah. kain sendiri udah tersingkap sampai ke peha. opsss :P
politik dalam pejabat?? mmg memualkan. amik port dan x amik port dua2 cara menyakitkan hati sendiri..
Post a Comment