Bagi saya, ianya bukan sesuatu yang mudah.
Latarbelakang diri dan cara komunikasi yang berbeza menambahkan lagi kesukaran untuk menegur perbuatan orang lain dengan cara yang berhemah.
Sesetengah orang memang jenis yang straight to the point je. Tak reti nak berlapik, berbasa-basi. Bukannya tak mahu, tapi memang caranya begitu. Cakap pula memang style kasar. Mungkin pada dia, apa yang dia cakap tu hanya sekadar satu teguran biasa. Bukan bertujuan berdengki, menunjukkan kuasa, apatah lagi nak cari gaduh. Dah memang cara dia dibesarkan gitu. Nak salahkan dia 100% pun tak boleh juga.
Apa yang dia tahu, dia cuma membuat teguran demi kebaikan bersama. Cuma, mungkin caranya tak berapa kena dengan semua orang. Mungkin ada orang yang mudah rasa kecil hati bila ditegur begitu. Silap-silap, orang tak ambik port pun apa yang ditegur. Kiranya, dibalas dengan cara memberontak lah gitu. Tapi mungkin juga 'teguran kasar' begini lebih terkesan di hati kita. Entahlah. Ikut cara orang yang ditegur itu menerima teguran tersebut lah kot.
Ada sesetengah orang pula lebih bijak berkata-kata. Cakapnya lembut, berlapik-lapik. Siap ada mukadimah sebelum membuat sebarang teguran. Cara begini lebih mudah diterima kebanyakan orang. Tapi, bukan semua orang akan ingat benda yang dia tegurkan tu. Silap-silap, ibarat mencurah air ke daun keladi. Tegur banyak kali pun tak lekat di kepala, tak disemat di dalam hati. Bila jadi kes begini, yang memendam rasa tentulah orang yang menegur tu.
Medium untuk berkomunikasi pun mainkan peranan juga. Cara terbaik tentulah secara bersemuka. Cakap face-to-face. Tapi, janganlah depan-depan orang lain. Malu lah dia. Panggil ke pejabat/meja, tegurlah secara baik.
Tapi sesetengah orang (berapa banyak sesetengah daa) tak reti nak tegur depan-depan. Takut maksud tak sampai kot. Maka alternatifnya ialah melalui email.
Tapi (ah sekarang banyak 'tapi' la pulak :P), teguran melalui email ni banyak juga yang buruknya. Satu, terjadinya salah faham. Kadang-kadang si penghantar email maksudkan dengan cara yang baik, tapi (lagi) si penerima sangkakan si penghantar ni marahkan dia, dan vice versa.
Lagi satu, takut si penerima ni tak baca email. Aiseh. Cerita dah basi, baru nak baca email. Susah juga kan?
Walaubagaimanapun (wah rasa macam buat karangan SPM lak), orang yang menerima teguran ni nak tak nak kenalah berfikir secara rasional. Fikirkan dulu, adakah tegurannya berasas atau melulu? Kalau berasas, eloklah kita ambil secara positif. Ini untuk kebaikan bersama juga. Mungkin teguran itu tidak ditujukan kepada sesiapa, ianya bersifat general. So, kita take note dan perbaiki diri. Tapi kalau melulu, hmmm.... lu pikirlah sendiri kan.
Apa-apa pun, bagi saya susah sebenarnya nak buat teguran kat orang lain. Lagi-lagi persekitaran tempat kerja yang dikelilingi bangsa kita, m3l4yu ni. Maklumlah, bangsa kita bangsa yang suka cakap ayat tersirat, mudah terasa, sensitif, dan bahasa kita sendiri penuh dengan kelembutan. Jadi, memang kena fikir panjang sebelum nak buat satu-satu teguran.
Kalau kerja dengan bangsa cha, memang direct je kena. Dush terus ke muka. Ini berdasarkan pengalaman saya yang seciput ni lah. Kalau ko dah salah, dan-dan tu jugak dia sound. Depan-depan orang. Rasa macam dibogelkan aje. Malu. Tapi biasanya kita (saya) takkan ulangi lagi kesilapan yang sama, dek kerana takmo dimalukan lagi. Serik!
Bagaimana anda menegur subordinate/staf/colleague anda?
Aktiviti hari ini: Ada berapa banyak perkataan 'tegur' dalam entri kali ini (termasuk yang ada imbuhan)? Hadiah tidak disediakan :P
4 comments:
hmmmm...i think u have the calibre to be a manager...since manager slalu nye knows the ways the handle the situation...i mean most managers laaaa hehehhe
dulu my ex bos pun ada yg tgur cara direct..tp selebihnya esp yang dah biasa bergaul ngan orang melayu akan panggil n tegur dalam bilik dia..heheheh
kalau i le pulak kan..i guna cara berlapik..pusing kiri kanan pastu terus ke point yg patut tegur le..:p
tp tak semua org paham..ada yg mudah terima ada yg kata i blagak :p
verde,
oohhh saya tak layak. sangat tak layak :)
sisdee,
manusia bermacam-macam perangainya. susah nak agak cara mana yang sesuai kan? sebab tu saya rasa nak menegur orang sampai terkesan kat hati diorang ni susah. huhu.
bangsa lain pun ada kiasannyaaaa
Post a Comment