Monday, April 26

Kenduri Kahwin & Birthday

Selamat pagi semua!!!!


Last weekend kami ke kenduri kahwin kawan lama saya. Kawan dari sekolah rendah dulu. Akhirnya kahwin jugak ko Sarah! Hehe.


Majlis kat Precint 14, Putrajaya. Mula-mula tu macam tak berapa yakin, eh, betul ke kat sini? Sebab area situ sunyi je. En Abah siap sound lagi, "Entah-entah awak salah tengok masa tak?" Hehe.


Tapi saya tak salah ok. Memang betul pun kat situ. Parking kat basement, dewan kat tingkat 2. Tu yang nampak macam takde orang je tu.


Tema adalah hitam, putih, merah. Sungguh gothic pada pandangan mataku. Tapi sungguh kelasss....


Imran & Irma seperti biasa tak boleh duduk diam, kecuali masa makan. Asyik nak berlari keliling meja makan. Bila saya atau En Abah nak amik makanan, diorang pun nak ikut sama. Haih penat mengejar. Nasib baik kawan saya, merangkap pengapit saya dulu, ada untuk layan anak-anak saya.


Bila pengantin datang, ramai yang amik gambar pengapit. Apa kes? Kesnya kerana si pengapit adalah Fara Fauzana. Fafau ok. Dan sungguhlah kecik kurus orangnya. En Abah dan komennya,

"Kenapa orang kata Fara Fauzana tu peha besar lah, gemok lah. Kecik je tengok. Apalah si Faizal (Ismail) ni selalu ejek dia."


Hahaha. 


Semalam (Ahad) kami ke kampung saya yang 'jauh sangat' tu. Sepupu buat birthday untuk anak bongsunya. Dah lama saya tak ke sana. Seronok jumpa sepupu-sepupu yang lain. Dan seronok tengok anak-anak sepupu yang makin membesar.


Dan semalam ada satu insiden yang membuatkan saya bangga dengan En Abah. Tak perlu cerita kat sini. Tapi, sungguh, En Abah, I'm very proud of you!


2 comments:

m-i-o said...

wah! pengapitnya fafau?!

errr. fafau dulu sekolah mana? satu sekolah dengan sarah jugak ke apa?

mak sebenarnya tgh terkejut. sebab malam tadi adik mak cakap, org kedua di malaysia yg paling byk fan selepas dr mahathir ialah fafau! :P

Unknown said...

wah orang kedua paling banyak fan ye? dahsyat.

fafau tu sedara dia. tatau le sedara dekat ke, atau bau2 bacang2 ke.

tu la mak cakap kat laki mak, kalau jadi fafau mesti apa-apa kenduri kahwin sedara-mara dia kena jadi pengapit. hehehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!