Monday, April 26

Irma @ 23 Months

Sabtu lepas, genap Irma berusia 23 bulan.


Apa yang Irma suka buat sekarang ni?

  1. Suka mengajuk orang lain bercakap

    Ye. Suka sangat-sangat ajuk orang bercakap. Kalau Mama tengah bebelkan Abang Imran, Irma pun bebel sama.

    "Imran, takmo main kat situ. Licin. Nanti jatuh."

    "Abang Imban, nanak men itu. Anti atoh."

    Kalau tanya apa-apa kat dia pun, dia ulang balik apa yang Mama tanya.

    "Canntik baju Irma ni, kan?"

    "Antek, kan?"

    Teringat iklan McD yang Ako Mustapa berlakon tu.


  2. Suka nyanyi

    "Pish pish pish, __ anan akal..." --> Jangan Nakal by Alif

    "&*%$&%#.... ap ebev *^#&(..." --> Twinkle Twinkle Little Star

    Nyanyi tak kira masa. Kadang-kadang Mama dengan Abah kena dengar bebetul lagu apa yang anak dara ni nyanyikan. Kadang-kadang lagu Doraemon la, Barney la.


  3. Dah boleh baca doa tidur (sikit-sikit)

    "Bish mi aahh i ghah maaannn ii (ra)himmm... Awwa (hum)ma (bis)mita (ah)ya (wa) amuttt. Aminn..." *raup muka dengan tapak tangan*

    Yang dalam kurungan tu ayat Mama. Irma tukang sambung je.Pelat pulak tuh. Jadi la kan. Budak umur 2 tahun baca doa, what to expect kan? Sejukkk hati mama.


  4. Memilih baju

    Tak nak pakai baju ni. Nak baju tu. Hishhh mana boleh pakai baju tiger masa nak tidur nak oiii...


  5. Mekap

    Memang anak dara sejati. Padahal maknya jarang bebeno bermekap. Entah macamana dia boleh dapat lipstick Nenek, dia pakai. Kat bibir. Tak comot okeh. Macam pro. Haha.


    Tapi lepas tu dia pakai lipstick Nenek kat bulu kening, kat pipi (blusher lah konon)... entah ikut siapa la agaknya.

    Takde siapa dalam family saya yang gemar/pandai bermekap. Setakat pakai compact powder dan lipstick aje. Maybe dia pernah nampak dalam TV kot. Ataupun masa dia tengok-tengok katalog Avon Aunty Aya kott? Hihi.


  6. Merajuk

    Ini memang tak perlu nak cerita banyak. Sejak dulu lagi. Kuat sangat merajuk.

    Sabtu lepas masa dalam kereta, Irma duduk dengan Nenek kat depan. Irma ni memang tak reti duduk diam dalam kereta. Masa tu dia ketuk-ketuk mainan dia kat dashboard. Nenek pun ambik lah mainan dia tu.

    Terus dia tersentap.

    Lepas tu Nenek ingat dia tidur. Siap pejam mata kemain. Rupa-rupanya dia merajuk. Bukannya pejam mata, tapi dia pandang bawah. Muncung kemain sedepa.

    Lama Nenek pujuk. Tak jalan. Siap geletek, dia gelak tapi tak pandang Nenek. Pandang bawah je.

    Ikut perangai sape la kuat merajuk ni. *mama nya la*


Ok lah itu je lah kot yang sempat Mama senaraikan.


Keletah budak-budak masa umur-umur gini memang macam-macam kan.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!