Monday, April 12

Misi Memenatkan Badan

Sabtu dan Ahad ialah misi memenatkan badan.


Kemas barang untuk persediaan mengosongkan rumah. Khamis ni Insyallah penyewa dah nak masuk. 


Punyalah banyak hadiah kahwin yang masih elok lagi dalam kotak. Ekeke. Hadiah yang paling banyak ialah pinggan mangkuk dan tea set. Sebab tu banyak lagi yang belum dibukak. Sebab takde keperluan nak guna kan. 


End up kami mempunyai hampir 20 kotak barang (termasuk hadiah kahwin) yang perlu diangkut. Plus tilam yang tebal gilos tu. Nasib baik laaa En Abah pinjam Hilux kawan dia. So, berbekalkan Hilux tu lah kitorang bawak segala barang-barang ke Seremban.


Ye, simpan barang-barang tu kat Seremban noks. Tak jadi nak sewa rumah. Nampaknya masih terus le duduk menumpang kasih kat Cheras.


Punyalah slow bawak Hilux tu. Siapa-siapa yang lalu highway Elite semalam, nampak ada Hilux hitam dok terkedek-kedek bersama tilam kat dalamnya, itu kitorang lah tu. Haha. Nasib baik tak hujan masa dalam perjalanan. Kalu dak, habis laa semua barang basah.


Ada banyak lagi barang yang belum diangkut keluar. So sepanjang minggu ni En Abah ambil cuti dan duduk kat rumah kemas barang. 


Pagi ni saya tersangatlah penat dan stress atas beberapa sebab sulit :P. Badan sakit-sakit serta sangat berat nak bukak mata. Hopefully boleh le survive kat ofis sepanjang hari ni :)


p/s: Ini ialah entri berjadual.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!