Tuesday, May 25

Migrain dan Konvo

Semalam aku cuti. Migrain dari Ahad malam sampai la ke malam tadi. Pastu berpeluh sakan. Pagi ni aku menggigil-gigil macam hape. Tapi aku gagahkan jugak le ke ofis. Nak ke klinik adalah tak koser sebab sekarang tengah konvo. Sure susah nak cari parking karang.


One thing yang aku tak berapa berkenan tentang orang yang nak berkonvo ni. Kenapa lah diorang ni nak jugak parking kat tempat yang diorang tak sepatutnya parking? Kan ke dah disediakan parking yang luas, bas yang hantar diorang dan parents betul-betul kat pintu dewan. Pastu siap berjemput balik ke tempat parking.


Kenapa nakkkk jugak parking kat parking bertingkat yang khas untuk staf ni? Kadang-kadang kesian aku tengok makcik pakcik yang dah berumur 60 tahun ke atas terpaksa naik turun tangga yang dah serupa macam tangga Ba.tu Ca.ves ni, semata-mata si anak nak parking dekat dengan dewan. Tak sampai hati aku. Aku nengok anak-anak nya dah kat depan, mak ayah nya jalan slow-slow kat belakang. Kalau dipimpin mak ayahnya takpe la jugak kan. Hmmm.


Tapi cakap je orang aku nih. Dulu masa aku habis degree aku pun buat gitu jugak. Kesian mak ayah aku berpeluh-peluh berjalan naik turun bukit. Huhu. Tapi masa grad untuk profesional, aku dah pandai sikit :P Maka aku parking le kat padang kawad tu. Mak ayah aku pun suka hati sebab best je naik bas aircond, jejak tanah terus jumpa dewan. Tak yah susah-susah naik turun bukit.


So kepada pembaca blog aku yang ada sedara mara yang bakal berkonvo kat tempat kerja aku ni, silalah nasihatkan diorang ikut je kat mana pihak keselamatan suruh diorang parking. Dalam surat dah bagitau dah semua tu. Jangan le nyusahkan mak bapak. Kesian diorang. 


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!