Thursday, May 6

Rombongan Ke UTP

Kelmarin aku ikut rombongan tempat kerja aku ke UTP, Tronoh. Bertolak pukul 9 lebih, sampai UTP pukul 3 petang. Gila? Memang gila! Bukannya jauh sangat kan Shah Alam – Tronoh tu. Tapi dek asyik berhenti makan, maka perjalanan menjadi 5 jam lebih. Hoho.

 

Pukul 10.30 berhenti untuk breakfast kat R&R mana tah. Rawang kot? Aku bab nama tempat R&R ni memang selalu fail. Ampun. Hehe.

 

Lepas tu teruskan perjalanan. Nak dekat pukul 1 masuk persimpangan Ipoh Selatan. Singgah lunch kat Restoran Tasik Raban. Fuh marveles beb. Banyak gila lauk dia sampai aku naik migrain nak memilih lauk.

 

Ingatkan dah dekat-dekat le dengan UTP nih. Sekali patah balik ke selatan daa… Rupa-rupanya singgah lunch kat Restoran Tasik Raban tu adalah atas suggestion beberapa bos yang sama-sama naik bas dengan kitorang. Hoo sampai gitu sekali.

 

Maka pukul 2 lebih kitorang dah masuk le fate UTP tu. Then singgah sembahyang dulu kat masjid dia yang cantik tu. Memang cantik.

 

Lepas solat baru la jumpa orang-orang berkenaan. Bersoal jawab, berbincang-bincangnya tak sampai dua jam, lepas tu habis. Minum petang pulak. Fuh. Makan lagi. Soto pulak tu. Nom nom nom la kan. Haha.

 

Oh ye, walaupun perjalanan sangatlah lama, nasib baik la dihiburkan dengan DVD cetak rompak ‘My Name Is Khan’. Sedih okeh cerita ni. Mak menangis meleleh-leleh hingus. Pedulik orang lain nampak ke tak. Haha.

 

Perjalanan balik ‘diserikan’ pulak dengan cerita Under The Mountains. Biasa je la cerita ni. Takat nak isi masa lapang boleh le. Macam cerita hantu untuk kanak-kanak pun ye. Ekeke. Teringat kat tv dulu ada cerita ‘Goosebump’.

 

Maghrib singgah R&R. Solat sambil isi perut. Tapi aku tak larat nak makan berat-berat. So makan waffle je lah.

 

Sampai Shah Alam dalam pukul 9.30 ke 9.45 tah. Jejak tanah terus aku berjalan laju-laju nak pi kat kereta, sebab dah tak sabar nak balik. Haha. Aku sampai rumah pukul 10.30 malam.

 

Sangatlah penat. Penat duduk dalam bas. Sampai rumah timing adalah cantek sebab adik aku terus bawak keluar kek birthday Imran. Oh perut sudah berbunyi-bunyi. Maka malam Selasa itu aku telah menggemokkan diri dengan memakan kek coklat pada pukul 11 malam. Hahaha. Nice.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!