Sabtu ni akan ada sambutan belated birthday Imran dan advanced birthday Irma.
Kalau ikutkan aku nak sambut birthday ni secara kecil-kecilan je. Sekadar berkumpul adik-beradik, mak ayah aku, potong kek, udah. Tapi mak ayah aku nak buat kenduri doa selamat bagai. Panggil sedara-mara. Mak aku sampai pening-pening kepala nak masak apa.
Tak kisahlah. Layan kan aje. Dah orang nak sponsor, kan :P
Maka Jumaat ini cutilah aku untuk mengemas rumah. Hoho. *Terima kasih En Bos sebab luluskan cuti saya.*
Hadiah untuk anak-anak masih belum difikirkan lagi. Haih. Ni la dia kalau anak-anak lahir dalam bulan yang sama. Kopak poket aku ni nak beli hadiah. Harap-harapnya projek no 3 nanti lahir bulan lain la pulak kot. Kena rancang nih. En Abah nak pilih bulan berapa, En Abah? Eh tapi kalau lahir bulan yang sama, jimat duit nak buat birthday party, ye dak? Haha. Apa la aku melalut nih.
Next week, atau next two weeks, buat birthday budak-budak ni lagi. Kali ni edisi Seremban. Hehe. Kenalah adil kan.
Oh ye, latest news pasal kereta aku - En Abah kata tengah hari tadi ada lagi dua ekor cikli tergolek dog dalam kereta. Mangsa dijumpai berhampiran dengan ubat gegat serai wangi. Kematian disahkan berpunca daripada ubat gegat itu sendiri.
Ubat gegat serai wangi itu mungkin menggunakan modus operandi dengan mengumpan cikli datang ke arah ubat gegat, makan ubat gegat itu lalu mengalami sesak nafas, kekejangan dan seterusnya kiok. Terima kasih diucapkan kepada ubat gegat serai wangi yang berharga RM3 sebungkus itu.
"Ubat gegat serai wangi boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar berhampiran rumah anda." --> iklan hari ini.
Sekian berita mengarut tapi benar bukan cobaan dari saya :P
Aku yang sedang weng kesejukan di dalam ofis sebab hujan di luar sana,
2 comments:
owhhh kereta mr.doc dulu2 pon byk cikli okkkk!
stress slalu...bukan sebab ape tp slalu asyik buat terkejut jeeee...
nasib bukan i drive...kalau i drive sure dah accident terkejut dgn kemunculan nye!
tulah bahaya kan ada lipas dalam kereta... memang boleh buat orang accident jadinya!
Post a Comment