Wednesday, May 5

Sudah Selamat

menyerahkan kunci kepada penyewa rumah Jumaat lepas.

 

Aku sedih. Siap menangis masa dalam kereta. Ye laaa…. rasa macam, harta kita, kita serahkan kat orang lain. Dalam keadaan paksa rela lak tu. Memang sungguh emo masa tu. Sob sob.

 

Walaupun kitorang jarang ada kat rumah tu, tapi rumah tu tetap menyimpan macam-macam kenangan. Itulah harta pertama kitorang (aku tak anggap kereta sebagai harta. no offense ye). Kat laman rumah aku tu lah uri Irma ditanam.

 

Walaupun rumah kami tu kosong je takde barang perhiasan cantik-cantik, takde pokok-pokok hiasan mahupun malus domestica, barang keperluan pun sekadar apa yang ada je, tetaplah aku sayang rumah tu. Huhu. Ni dah start rasa sayu balik dah ni.

 

Aku harap penyewa tu jaga rumah kitorang baik-baik, macam jaga rumah sendiri. Diorang nak lenjan perabot aku takpe, tapi jangan sampai rumah aku dah takde rupa rumah. Harap-harap diorang paham la.

 

Dan aku amat berharap jugak lah kitorang (aku dan En Abah) dapat mempercepatkan tempoh untuk ‘burung kembali ke sarang’. Bezanya kali ni bukan pulang ke sarang mak bapak, tapi sarang sendiri.

 

*Sigh*

 

Semoga apa yang aku dan En Abah buat ni merupakan jalan terbaik buat kami dan anak-anak. Amin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!