Malam tadi seperti biasa, selepas makan malam En Abah akan melakukan aktiviti 'fogging' di luar rumah. Entah kenapa Imran pun nak ikut sekali duduk kat luar. Biasanya dia rileks je. Ni siap nangis-nangis bila En Abah tutup pintu tak bagi dia ikut.
So Imran pun lepak lah dengan En Abah kat luar rumah. Tah borak apa tah anak-beranak tu.
Tetiba, Imran tunjuk something Dari depan rumah jiran belah kanan sampai lah kat pokok mangga depan rumah jiran belah kiri, jari telunjuk dia terarah kat benda tu.
"Apa tu bapak??? Dia terbang..."
"Mana?"
"Tu..." Imran tunjuk arah pokok mangga. Lepas tu dia tutup muka.
"Takottt..." terus lari masuk rumah.
Apakah??? Di saat saya sedang menaip ni bulu roma terasa meremang. Huishhhh.
Masuk rumah, En Abah cerita kat saya. Lepas tu dia naik atas, tengok bola. Tak lama lepas tu saya dengar bunyi anjing yang baru dibeli jiran sebelah kanan menyalak-nyalak.
Alahai nak oii... depan rumah pun ada ke??? Huhu... seram dah mama ni... lepas-lepas nak menggosok baju pun kena ada orang temankan la kekdahnya. Mana taknya tempat menggosok mengadap tingkap. Boleh nampak area depan rumah.
Scary!
2 comments:
aiyyooooo... seram nyahhhh, kalo mak pun kompem cuak. nasib stakat nih anak mak x de bg ayat scary mcm tu, dah ler haku nih slalu kena tinggal.. maunya tak blk langsung umah kalo gitu... huhuhuuu
huhuhu. tah sejak dah tua-tua ni (tua ke? :P) makin banyak pulak cerita pasal 'benda2' ni kat area rumah mak aku. siap ada jiran nampak 'kak lang' lah apa lah. agak2nya mungkin sebab banyak area hutan2 dah diterangkan so diorang ni takde tempat tinggal agaknya. haha. cabulnya mulut haku!
Post a Comment