Dari minggu lepas lagi otak saya telah bertukar kepada mode berpantun. Haha.
Dek kerana dipaksa rela untuk menjadi wakil bahagian pertandingan berbalas pantun, maka cara berfikir pun terpaksa di-train begitu. Fuh. Now nak tulis blog pun agak 'kaku' sikit sebab nak tune balik otak kepada mode normal. Hehe.
Ok. Mula-mula cadang nak masuk pantun ni sekadar penyertaan aje. Ingatkan dapat survive takat pusingan awal je la. Sekali menang la pulak. Alhamdulillah. Ke pusingan suku akhir la kami.
Pusingan suku akhir bertemu pulak dengan pihak lawan yang rasa-rasanya memang takmo masuk separuh akhir kot. Hihi. Keji tak buat statement gitu. Ye lah, jawapan pantun semuanya main 'play safe' je kan. So, masuk la pulak separuh akhir.
Hari ni lah pusingan separuh akhir & final. Cuak sebab takut berjumpa dengan pihak lawan yang super-dahsyat soalan pantunnya. Plus tema pantun dah bertambah pulak. Tambah tema pengetahuan am. Ayoyo.
Sekali, apa yang paling ditakuti pulak yang jadi. Huhu. Pihak lawan masa separuh akhir memang bagi soalan yang power-power. Berpeluh sakan nak menjawab. Tapi lepas tu kitorang bagi balik soalan super duper power. Muahaha. Alhamdulillah dapat pula ke final.
Masa final tu mak siap pakai selendang macam anak dara desa zaman dulu-dulu, nyah. Tapi bila mak tengok dalam cermin takde rupa anak dara desa pun. Rupa nangka bungkus adalah. Muahahaha.
Alhamdulillah. Akhirnya juara jadi milik kami. Ececeh. Siap team saya dapat jadi pemantun lelaki dan wanita terbaik pulak tuh. Tapi buka ai tau. Ai pantun ganas-ganas. Takde lemah gemalai macam pemantun2 terbaik. Mak tak reti la, nyah.
Ok lah. Masih di dalam mode excited dan tak percaya lagi nih. Jumpa lagi. Tata.
7 comments:
Tahniah, tahniah!
Dapat hadiah apa dah memang berpantun nih?
Statement ni tak agak...
"Rupa nangka bungkus adalah"
... buat saya gelak sorang2 dpn pc
congratz, darl..
bakat terapung tuh.. ihik3
p/s: x sgka lak kwn yg duk sblh aku since form 1-3 ni de bakat b'pntun.. ihik3
Tahniah!!
Ewahhh..nak book jadi pemantun masa pinang anak dara org boleh tak?? hehe
me_czar,
dapat hamper, buku 'muhasabah bangsa' - pasal pantun2 le jugak, sijil dengan tote bag ofis punya. haha. jadi le kan. sat gi mungkin nak diterjah la isi hamper nya tu kot.
rose zan,
ahahaha. dulu tah form 2 ke form 3 tah kena wakil kelas. lawan kelas zai. tapi kalah la. ahaha. sape ek yang kena masuk pantun sekali dengan aku. azra ke? aku tak ingat la.
ttm,
ewah. boleh boleh. nanti mak tanyakan pemantun terbaik. kalau mak yang berpantun, takut kena reject pulak nanti sebab ganas sangat. hahaha.
tahniah,
tue laaa ....tak sangka tueee ..
konon2 kura2 dalam perahu tak tahu
tapi rupanya tahuuuuuu ....
cehhh pantu 2kerat kat ko nyah,
kah kah kah
pasni ni kalau odah nak pantun untuk majlis, zeti sure boleh buatkan? *wink wink*
congrats dear..
nieza,
makan kelah nasi berkerak
kecil molek berbaju merah
takmo kalah nak menang jugak
bila panik idea mencurah
ngee...
saudah,
thanks. hahaha. boleh boleh kalau ada idea masa tu. hihi.
Post a Comment