Friday, June 25

Setiap Pusingan Gaya Mesti Lain-Lain :P

Baru perasan bila tengok balik gambar masa pertandingan berbalas pantun hari tu.


Masih lagi pasal berbalas pantun tu. Harap jangan le korang muntah dek asyik bercakap pasal pantun je. Hek eleh ZZ. Macam bagus jek kan. Hoho.


Layan je laaa ek.


Setiap pusingan gaya kitorang mesti berubah. Tak banyak, sikit pun ada la jugak.


Ni masa pusingan awal. Lega lepas dah selesai berpantun. Ingat lepas ni, 'yay boleh balik ofis sambung blogging kerja'.


Sila tengok akak kat sebelah saya tu. Akak tau, bukan adik. Kecik molek comel lote je kan. Macam mak dengan anak pulak. Hihi. Jangan main-main. Pemantun terbaik tu tau.


Masa ni yang perempuan pakai baju kurung je. Biasa-biasa je. Yang pemantun lelaki terbaik tu (ehem ehem) bergaya sikit pakai blazer bagai :)


Pusingan suku akhir. Hari yang sama. Lari ke ofis kejap nak sambar blazer.


Masa ni mak ala-ala tak berapa selesa sangat. 'Kawan baik' tetiba datang. Cuak punya pasal gamak eh.


Selesai separuh akhir. Legaaaa sebab baru lepas 'berperang' dengan pasukan yang paling ditakuti. Phew. Soalan power-power seh. Menggigil nak menjawab. Masa ni selempangkan kain songket tah siapa punya tah. Ingat nak bawak tepak sirih sekali la konon. Tapi terlupa pulak. Mungkin kaget (wah kaget tau. first time guna perkataan ni dalam blog.) sangat kot.


Final. Hahahahaha. Tengoklah gaya mak. Macam nak tak nak je pakai songket tu. Sebenarnya ai rimas, nyah. Nak menulis pun susah. Ai kan perlukan space yang besar. Songket tu mengganggu kosentrasi ai taw. Tak nampak ai tengah muncung je tu? Hahaha. Ikat mulut tu baru tau.


Pemantun lelaki terbaik siap letak kerongsang tau kat songkok dia. Sungguh lelaki Melayu terakhir gitu. Yang pemantun wanita terbaik pulak sungguh ayu bila berselendang songket tu. Baru la rupa anak dara desa sejati. Bukan macam makcik gomok kat sebelah tu. Tah hape-hape tah cara dia berselendang. Dah serupa macam Tok Ti bertudung je. Muahahaha.


Nota ZZ: Gambar-gambar disambar dari FB officemate dan diedit oleh ZZ.




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!