Minggu lepas kan pi Kluang untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan officemate saya. Saya sampai lambat sebab ada dua lagi jemputan sebelum bertolak ke Kluang.
Hotel dah book awal-awal. Nasib baik ada officemate yang gerak dulu ke sana untuk confirmkan bilik kami. Diorang gi awal sebab nak bermandi-manda kat air terjun. Saya pulak ada dua jemputan, tak sampai hati nak tolak undangan orang. So, takdelah mandi-manda.
Duduk hotel pun sekadar menumpang mandi dengan tidur je. Harga bilik adalah RM60 sahaja. Bilik juga not bad. Bilik air pun ada bath tub. Bukan lah setakat shower je. So, RM60 untuk benda-benda basic macam tu kira sangat berbaloi-baloi lah kan?
Makan malam kami disponsor oleh officemate yang bawa bekalan dari rumah untuk picnic tu. Ada banyak lebih katanya. Membazir kalau buang. Pasta goreng nya memang marvelous. Sedap. Imran dengan Irma makan banyak. Lagi-lagi ada sosej. Memang laju budak-budak ni makan.
Malam tu tidur rasa macam tidur dalam peti ais. Sejuk gilosss air cond dia. Imran tidur dengan saya, makin lama makin masuk dalam selimut. Hehehe.
Esok paginya awal-awal lagi dah bangun. Konon nak bawa anak-anak pi main kat mana-mana playground sebelum pi breakfast dengan officemate yang lain. Sekali, battery kereta kong la pulak! Takmo start. Syukurlah ada officemate yang baik hati tolong jump start kereta. So, lepas-lepas tu tiapkali nak ke mana-mana kena mintak tolong diorang jump start kan kereta dulu. Ataupun jangan matikan enjin. Huhu.
Bawa budak-budak ke playground. Kat mana tah. Main ikut je telunjuk GPS. Muahaha. Tapi sedih tengok banyak mainan yang dah rosak. Gelongsor pecah-pecah. Buaian dah yilek. Jongkang-jongket takde pemegang. Sangat bahaya untuk kanak-kanak. Saya rasa ni semua vandalisme kot sebab kalau nak kata budak-budak kecik yang rosakkan adalah sangat tidak munasabah.
Janji jumpa kengkawan pukul 9.30 kat kluang Rail Coffee. Tak sabar-sabar nak rasa kopi Kluang yang famous tu. Hihi. Gelojoh betul. Tanya En GPS lagi kat mana kedai tu. Laa... tak sampai 200 meter je pun dari playground.
Sampai kat sana, memang ramai gilos orang weh. Sampai kena beratur nak dapatkan tempat duduk. Oh ye Kluang Rail Coffee ni letaknya betul-betul sebelah stesen keretapi.
Pic from here
Inilah tempatnya.
Pic from here
Dah sampai sini, sah-sah la WAJIB order kopi dia kan. Lepas tu makan pulak nasi lemak yang memang terhidang atas meja tu. Mihun pun ada, mee goreng pun ada. Nasi lemak dia sangat sedap okeh. Yang berbungkus kertas minyak, sambalnya pedas-pedas manis. Favourite saya. Yang berbungkus daun pisang pulak, nasiknya sungguh menawan kalbu.
Pic from here
Nasi lemak sebungkus 70 sen sahaja. Saya makan dua bungkus. Hihi. Tambah pulak dengan roti bakar tu. Memang kenyang. Lepas tu buntang je bijik mata minum kopi kaww. En Abah makan nasi lemak dengan mihun. Budak-budak makan mihun. Overall kami sekeluarga makan 7 bungkus nasi lemak dan mihun. Muahaha.
Menu lain yang ada kat situ ialah pau. Ada pau sambal dan pau tuna. Officemate saya order. Rasa lah sikit. Not bad jugak.
Lepas selesai sarapan, beli pulak serbuk kopi yang dia jual. Saya beli untuk mak dan MIL saya. Sebungkus RM6 (300 gram). Oh ye. Malam tadi MIL saya pesan, kalau kawan saya belum balik lagi dari Kluang, dia nak kirim kopi sekilo. Hah dahsyat kan penangan kopi Kluang nih.
Kata En Abah kat Seremban tu pagi petang siang malam minum kopi sekarang ni. Hihi.
Oh ye, dan.... ehem-ehem.... Murah sungguh rezeki kami sepanjang kat Kluang. Ada orang sudi belanja sarapan kami. Terima kasih banyak-banyak. Kot kalau terbaca blog ni, Insyaallah kalau ada rezeki lebih, saya belanja nanti. Hihi.
Balik dari sarapan, terus bersiap untuk check out dan gerak ke kenduri kahwin. Masa tengah bersiap tu, saja jenguk-jenguk tingkap nak tengok pemandangan apa belakang hotel ni. Nampak la bahagian belakang kedai-kedai dan rumah. Paling tak tahan sekali, sebelah hotel tu ada kubur cina.
Sampai ke kenduri, sekali lagi, murah sungguh rezeki kami. Ada lauk kambing uols! Mak punya peberet tu. En Abah apatah lagi kan. Kena pulak dengan beriyani. Nasi beriyani orang Johor memang takleh celen lah kan. Superb! Dialog En Abah, "Terima kasih sangat-sangat sebab bawak saya ke sini." Hahahaha. Over tau En Abah.
Yang menariknya pulak kat bahagian minuman ni dia buat macam ala-ala gerai air kat pasar malam. Ada 4-5 jenis air. Pilih mana berkenan. Wah rambang bijik mata mak, nyah! Ada air purple, air hijau, air hitam, macam-macam! First time nampak orang buat macam ni kat kenduri kahwin.
Masa bertolak balik, sekali lagi kena jump start kereta. Jenuh jugak le kan. Menyusahkan orang lain je rasa. Nasib la dapat officemate yang baik-baik belaka. Kalau tak, terkulat-kulat le kami sekeluarga kat Kluang tu. Huhu.
Dalam perjalanan balik, singgah Seremban. Ada tiga agenda. Agenda pertama, Pak Yong (biras saya) nak sangat jumpa Imran. Maklumlah orang laut kan. 6 bulan kat negara orang, 2 bulan kat negara sendiri. Sekarang kapalnya berhenti kat Singapore. Dapat le dia balik Seremban kejap. Kebetulan malam tu malam terakhir sebelum dia bertolak ke Singapore balik. Dapat lah bagi diorang berjumpa. FYI Pak Yong ni memang berkenan betul dengan Imran. Hehehe.
Agenda kedua, nak bagi MIL kopi tu. Ha apalagi, terus la dia jerang air buat kopi. Terkagum semua orang minum kopi sedap. Ekekeke. Agenda terakhir, nak pinjam kereta PIL, tinggalkan kereta kami kat situ kejap. Nak hantar tukar bateri esok harinya.
So, kami sampai Cheras dalam pukul 10 lebih. Lalu LEKAS malam-malam macam tu memang agak er... scary. Highway baru, tak ramai yang guna. Tambah pulak dengan kemalangan artis baru-baru ni tu kan. Memang agak seram lah. (Saya penakut, harap maklum). Apakan daya, nak elak jem kat PLUS dan memang LEKAS la laluan terdekat (dan termurah) kami nak sampai Cheras.
Fuh. panjang sungguh entri kali ni. Layankan aje lah ye. Hihi.
Tak sah jugak singgah kopitiam tak order roti bakar. Saya order roti bun bakar.
Roti yang bulat itu. Sedap!

5 comments:
alamak..dah nampak Kluang Rail Coffee tu, sure termimpi-mimpi..memang fave saya kalau balik kluang time bukan raya.
Roti dia....fuhhh...cair air liur ai tau..
ahahahah.. baru tau ko nyah penangan kopi Kluang!!! :P
kalo mau lagi, meh aku suh adik aku beli & poskan sekali utk ko..;)
saudah,
fuh... memang melelehhhhhh.....
ealyie,
boleh ke beb? kalau boleh aku nak kirim sekilo. semua orang kat rumah MIL aku tengah gila kopi Kluang. hahaha.
weh. aku ni nama je org johor. dulu selalu pi kluang! tapi tak penah minum kopi ni! keji tau derang tak bawak aku ke situ...
eiskk, ni tiba2 nak masukkan lam list mengidam ni!! hahaha
ena,
ahahaha. pergi jangan tak pergi!
Post a Comment