Tuesday, June 29

Syukurlah

Walaupun mak ni 'chomel' semenjak kecik, mak bersyukur, nyah. 


Sekurang-kurangnya, mak tak de sakit macam dia ni.


Kesian mak tengok. Umur baru 21 tapi takde rupa 21 tahun pun. Kurang-kurangnya mak ni, kengkadang orang ingat budak kolej pun ada. Hahaha. Cuma, budak kolej versi 'chomel' la kan. Mana taknya, orang panggil mak ni 'adik', padahal mak tengok orang tu jaaauh lebih muda dari mak. Owh. Kadang-kadang terperasan muda la jugak kan. Hihi.


Ok, berbalik kepada kisah dia ni. Huih. Orang lain berperang takmo makan sebab nak diet. Dia pulak berperang sebab MESTI makan. Setiap 15 minit, uols. Kesian kan.


Pendek kata, bersyukurlah dengan apa yang Dia dah jadikan untuk kita ni. Oh, bukanlah bermaksud kalau gemok macam mak ni, mesti redha dan tak cuba ubah keadaan diri supaya menjadi lebih sihat ya. 


Maksud mak, walau kita ni dilanda dugaan dan ujian, harus diingat ada manusia lain yang ujiannya lebih besar dari kita. Ye lah, berbadan 'chomel' ni kira ujian buat kita la jugak kan. Ujian supaya lebih bersabar (tang melawan nafsu makan, dan jugak masa jadi bahan ejekan dan kutukan), supaya lebih berusaha untuk kuruskan badan dan macam-macam lagilah.


Jangan terlalu memandang ke langit hingga lupa rumput di bumi. Err... relevan ke? Kihkihkih. Maksud mak, jangan terlalu memandang orang lain yang kedudukannya lebih tinggi daripada kita je. Sesekali pandanglah orang yang lebih susah dari kita. Supaya kita bersyukur atas segala rahmat dan kurniaanNya. Benda ni bukan takat apply tang berat badan tu je, tapi dari segala aspek kehidupan kita. 


Ingatan untuk diri sendiri jugak nih.


Renung-renungkan, dan selamat beramal :)


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!