Huargh!
Haha kemain entry hari ni dimulakan dengan nguapan(??). Pagi ni bangun rasa sakit-sakit satu badan. Semalam bawa anak-anak ke Zoo Negara (lagi). Masa kejutkan Imran pagi-pagi tu, dia komplen,
"Asyik giiii je?" --> Asyik pergi (Zoo) je?
Tapi bila tanya nak ikut ke tak, laju je dia jawab "nak!"
Ingat nak upload gambar tapi kamera tertinggal la pulak. Hm.
Kami kalau ke zoo memang tak naik tram tu. Kalau berjalan kaki budak-budak ni lagi seronok. Oh kali ni siap bawak bekalan mihun goreng lagi. Tapi tang air memang kami kalah la. Panas-panas terik tu air sejuk jugak jadi pilihan. Takat air masak yang kitorang bawak ni memang tak berapa laku la. Tu yang bagitau En Abah, lenkali kita bawak air dalam cooler bag, siap letak ice brite tu sekali. Baru lah sejukk je air tu nanti kan. Hehe.
Kalau dah namanya berjalan satu zoo tu, memang sah-sah la lenguh-lenguh kaki bila sampai rumah. Anak-anak yang tertidur dalam kereta, bila bangun je komplen sakit-sakit kaki. Siap sapu minyak bagai. Hehe. Kesian jugak nengokkan.
Punyalah mak kepenatan semalam, sampai 'kawan baik' pun datang menjenguk. Bagus kawan baik mak ni kan. Hahaha.
Ok lah. Tetiba jadi blank tak tau macamana nak end entry kali ni. Mungkin kerana Monday blues. Ceh. Hari Isnin jugak yang disalahkan.
3 comments:
pi breakfast dulu kang hilang la blank kakakakaa
mak pun blank Nyah pepagi senin ni..bukan hang sorang jerrr hehe..
syoknye pi zoo anak beranak sambil piknik:)
fid,
dah breakfast tapi masih blank jugak. akaka.
ttm,
hehehe. memang dok berenti makan tah berapa kali tah. rasanya lagi banyak berenti makan daripada tengok binatang kat zoo tu.
Post a Comment