Semalam saya request pada En Abah untuk berbuka puasa kat luar sebelum balik rumah. Terasa gatal tekak nak makan kat luar. Ahaha.
Berfikir punyalah lama nak makan kat mana. Sudahnya kami makan kat JM Beriani kat Tesco Shah Alam. Dah lama tak makan kat situ. Last time 2 tahun lepas kot rasanya. Bila sampai rasa terkejut sebab harganya dah lain dari yang last time kitorang pi tu. Yelah, dah 2 tahun kan. Of course la harga dah naik.
Sampai rumah nak dekat pukul 9 malam. Entah kenapa malam tadi saya penat sangat, sampai je rumah terus naik bilik, baring atas katil. Tak menyempat nak tukar baju. Mandi apa tah lagi. Tak senonoh kan.
Kebetulan anak-anak ikut aunty-aunty nya keluar. Tak tau la pi mana. Pasar malam kot. So rumah adalah sunyi dan sangat sesuai le untuk aktiviti atas katil. TIDO ye. Jangan pikir yang bukan-bukan.
Saya sendiri tak sedar bila saya terlena. Niat di hati nak baring kejap-kejap je sebelum mandi. Tapi terus terlena okeh. Dengan baju kurungnya. Haih.
Sedar-sedar, bila terjaga dah pukul 1.45 pagi. Anak-anak pun tak tidur dengan saya. En Abah pulak, rupa-rupanya terlena jugak. Haha. Masing-masing kepenatan rupanya.
Sedih juga sebab semalam langsung tak main dengan anak-anak. Dah la sepanjang hari takde kat rumah sebab bekerja, lepas tu sampai rumah saya bantai tido pulak. Langsung tak jumpa anak-anak. Huhu. Lainkali sila jangan tidur dulu ye Zety.
4 comments:
mak yg tak keje opis ni pun kadang penat jugak nokss..
kalau penat, suh TTD layan budak2..mak masuk bilik dulu bongkang hehhe..
ntah apa yg penat pun taktau..penat makan kott..
huih jadi SAHM lagi penat rasanya dari kerja kat opis. mak memang salute orang yang jadi SAHM ni. kalau mak, harus tetiap malam pengsan agaknya. haha.
i pun pernah cmtu. kul 1 pg tersedar kejut husband. dgn isyak pun blum. ish..ish...
masa bangun tengah malam tu macam terkejut je rasa kan. macam, eh ni pagi ke malam ni? pastu panik le baju tak bergosok la, air panas anak tak masak lagi la. haha.
Post a Comment