untuk edisi 2010.
Tadi baru je lepas habis exam. Resultnya entah bila tak tahu lagi. Harap-harap resultnya nanti memuaskan hati lah kan.
Kebetulan pulak, kat ofis ni ada sesi makan-makan. Ada bacaan Yaasin dan tahlil sempena kedatangan bulan Ramadhan (alamak, hutang puasa belum habis bayar :P).
Macam-macam menu lah yang ada. Menu utama nasi beriyani dan lauk-pauknya.

Pastu ada pulak roti jala.

Desert pon ada.

Buah-buahan tidak dilupa.

Tapi saya belum lagi menjamah menu kat atas ni. Tunggu lunch hour lah baru terjah dan terkam. Nom nom nom!
Opss... dah lunch hour dah pun. Jom terjah! :P
*pic credit to my colleague's FB

5 comments:
yummmy yummmy sangat menyelerakan insang tekak beta
ayam masak kurma ke tu??
kek batik ke tu??
ngaummmmm..
Yan,
yess sangat yummy. siap dah pi toilet 2 kali untuk kosongkan (dan refill) semula 'tank'. hahaha.
eis,
haah ayam masak kurma.
haah kek batik. ekekeke.
ya Allah bestnya makanan2 itu!!! iskkk. tumpang jamu mata aje la :P
paling tak tahan siap ada bakul manggis, langsat tu - siapa yg baru balik dari kampung ni? sungguh bersuasana desa gitu :P
mio,
haah la. mak belum makan lagik buah2 tu. hahahaha.
burp! Alhamdulillah... :P
Post a Comment