Monday, August 16

Doa Kami Untuk Beliau

Semalam family saya berkejar ke Muar. Kata sepupu saya, bapanya nazak.


Sebenarnya bapa saudara saya dah agak lama dimasukkan ke ICU. Puncanya saya kurang pasti. Apa yang saya tahu, bapa saudara saya sedari dulu menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. 


Beberapa minggu lepas saya ikut family saya ke Muar untuk menziarahi beliau. Masa tu dia masih dalam ICU, diberi ubat tidur. Mungkin untuk beri ruang dia berehat selepas pembedahan.


Selepas beberapa siri pembedahan, bapa saudara saya masih koma. Kalau tak silap saya, kuman dah merebak ke seluruh badan.


Sedih juga sebab tak dapat ikut ke Muar semalam. En Abah pun sedih sama. Apa boleh buat. Berita yang kami terima agak lewat. Masa tu En Abah dah siap segala persiapan untuk berniaga petang semalam. Ayah saya pun agak keberatan untuk biarkan kami turut serta ke Muar. Maka tinggallah kami berdua.


Alhamdulillah, bapa saudara saya tak apa-apa walaupun masih lagi koma. Semoga beliau cepat sembuh dan sedar dari komanya. Kesian kat mak saudara saya yang menyambut puasa tanpa suami di sisi. Diorang suami isteri memang cukup akrab. Tengoklah gambar kat bawah ni.



 Semasa majlis perkahwinan saya


Semoga Pak Atan/Bapak cepat sembuh. Aminn...


1 comment:

Kauthar said...

Saya doakan semoga cepat sembuh juga ye :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!