Wednesday, August 18

Hujan Oh Hujan

Semenjak start Ramadhan ni, rasanya setiap petang hujan kan?


Hujan itu rahmat. Namun hujan yang sangat lebat turut membuatkan bisnes En Abah sedikit terganggu. Cuaca sejuk-rasa-macam-nak tido-dalam-ofis, siapa pulak nak beli air sejuk-sejuk kan. Apapun kami percaya, rezeki itu tetap ada.


Jadi, Insyaallah hari ni, selain dari air sejuk-sejuk, ada jugak air panas-panas. En Abah bercadang nak jual air teh dan teh o panas petang ni. Tapi, boleh juga request kalau tetiba customer nak teh ais pula :)


Kalau time hujan, korang suka minum air apa?


Nota ZZ: ZZ teringin nak kupas pasal satu isu ni. Tapi rasanya tak sesuai nak diceritakan sekarang. Mungkin lepas raya nanti boleh diselongkar pasal benda ni. Huhu.


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!