Saturday, August 21

Of Imran dan Menu Hari Ini

Pagi tadi rasa dahi Imran, masih lagi panas. Macam tak berkurang pun. Jadi decide untuk bawa dia ke paed yang biasa kami pergi.


Rupa-rupanya ubat yang diberi tak sesuai dengan keadaan Imran.

Sudahnya Imran dapat paracetamol dan antibiotik yang lain. Oh dos yang diberikan juga tak sesuai. Sepatutnya 5ml saja, tapi disuruh ambil 7.5ml pulak. Huuu. Nasiblah tergerak nak jumpa paed nih.


As for ubat selsema pulak, paed kata tak perlu. Tambah dia lagi, "Lagipun ubat tu tak sedap!"


Memang pun. That's why Imran yang selama ni suka makan ubat boleh give up nak makan ubat selsema tu. 


Balik rumah, lepas makan ubat, Alhamdulillah suhu badannya dah turun.


Petangnya, saya buat baked potato sempoi. Walaupun sempoi, tapi habis juga 3 biji kentang dimakan satu family. *Sukaaa...*


Resepinya sempoi aje. Ikut style ex-officemate saya tapi saya adjust sikit ikut apa yang ada kat rumah.


Bahan-bahannya ialah kentang, sosej (potong cube halus-halus), cheddar cheese, butter, black pepper, grated parmesan cheese.


Basuh kentang dengan kulitnya sekali, pat dry dengan kitchen towel, masak guna microwave dalam 5-10 minit (high). Lepas tu balut kentang dengan aluminium foil. Bila rasa dah sejuk sikit, potong kentang 1/4. Isi kentang yang 1/4 tu dimasukkan dalam mangkuk bersama-sama dengan sosej, sedikit cheese, black pepper dan butter. Gaul rata. 


Kentang yang 3/4 tadi disapu butter. Kemudian bahan gaul rata tadi dimasukkan semula dalam kentang yang 3/4 tadi tu. Balut dengan aluminium foil, tabur sedikit grated parmesan cheese dan black pepper. Masukkan semula dala microwave. Masak pada suhu medium high selama 3-5 minit, atau sehingga cheese cair.


Siap!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!