sepatutnya bila dah entri ke-1000 tu biarlah entri yang best-best kan.
Tapi saya pula dilanda kerisauan.
Rentetan daripada entri ini, nampaknya demam Imran berjangkit kepada Irma dan En Abah. Semalam saya bercuti untuk bawa En Abah dan anak-anak ke klinik. Alhamdulillah anak-anak nampak makin sihat, walaupun selera makan masih berkurang.
Yang merisaukan saya ialah En Abah. Suhu badannya mencecah 39 darjah Celcius. Sangat panas. Rasa macam boleh panaskan lauk atas badan En Abah. Ok tipu. Tapi panas ok.
Selepas sehari makan ubat, suhu badan En Abah masih tak turun-turun. Jadi En Abah ke klinik lagi sekali, hari ini.
Keputusannya? Suhu badan masih lagi 39 darjah Celcius. Dan tuan doktor minta tunggu sehari lagi. Kalau esok keadaannya tak berubah, mungkin En Abah kena ke hospital. Suspek denggi katanya.
Denggi.
Mesti En Abah sangat fobia dengan perkataan 'denggi' tu. Huhu.
Harap-harap ianya cuma demam biasa. Kesian tengok keadaan En Abah masa duduk di hospital dulu.
En Abah, semoga cepat sembuh ye sayang.
As for me, saya pun dah mula tunjukkan tanda-tanda nak berjangkit demam ni. Kepala dah mula berat, mata dan hidung berair, tekak tak sedap. Harap cepatlah sembuh. Kalau saya sakit, siapa nak jaga En Abah dan anak-anak walaupun atuk, nenek, aunties ada untuk jaga anak-anak?
1 comment:
salam ziarah dan kenal2...
1st nama blog hmpir sama..hehe
2nd awk da 1000 post dan saya bbrp hari lalu 100 post
3rd nk chat xjumpe shout box..hehe
4th da follow n follow2 deh..
5th thniah sb 1000 post...
Post a Comment