Thursday, August 19

Setelah Seminggu Berpuasa Baru Hari Ni Nak Letak Menu Berbuka :P

Tapi gambar tetaplah menggunakan sumber dari Makcik Google kan kan. *Koser haku nak amik gambor makanan depan mak bapak. Ekekeke.*


Setiap tahun biasanya kami berbuka dengan nasi dan lauk-pauk. Oh memang makan heavy punya. Tengok body lah kan.




Tapi tahun ni mood nak makan nasi tu kureng sikit lah. So far, masa hari pertama dengan kedua je kot berbuka makan nasi. Lepas-lepas tu start makan benda selain dari nasi. Eheh.


Ada sekali tu berbuka makan cucur udang dengan tauhu sumbat aje. Kenyang!






Menu berbuka semalam ialah bihun goreng dengan bamia. Bamia ni makan dengan roti. Sedap weh. Mak sukak. Oh ada jugak roti john yang adik saya beli kat param dekat2 rumah ni. Air pulak air durian belanda lebihan jualan En Abah. Slurpp! Terbaekk wok!




Setelah menggoogle barulah mak tahu yang bamia ni resepi dari Iraq. Ekekeke.




Bercakap pasal jualan En Abah, menu En Abah semalam ialah soya panas, soya sejuk, air jagung, anggur laici, cengkaruk, teh dan teh o panas. 


Haa... siapa pernah dengar cengkaruk ni? Mak first time dengar lepas kahwin dengan En Abah la. Terkebil-kebil bijik mata bila MIL sebut cengkaruk tu. Hoh? Apakah cengkaruk? Macam cengkerik je bunyinya??


Jadi, soalan untuk hari ini ialah - apa itu cengkaruk? Hehehe. Tapi takde hadiah disediakan ye. Ekekeke.


Gambar adalah ihsan Makcik Google.


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!