Friday, August 20

Tentang Irma

Tentang Irma pula.


Hari tu bawa dia ke klinik untuk injection booster 2 tahun. Ye tau lambat hantar. Lambat 3 bulan. Ekeke.


Kebetulan masa tu Imran batuk dan selsema, so bawak sekali la Irma untuk injection tu.


Irma sangat bagus. Tak menangis sikit pun. Good girl!


Esoknya badan Irma naik biji-biji. Memula ingatkan ruam panas. Mungkin sebab lepas injection budak biasanya demam so keluar la heat rashes tu kan. Tapi, Irma tak demam la pulak.


Banyak gila biji-biji tu ok. Satu badan penuh, except kat muka. Muka menten kulit licin berseri :)


Yang paling harunya bila Irma asyik mengadu dia sakit kat 'situ'. Gatal kan. So bila pakai diapers takde pengudaraan kot tu yang jadi makin merah-merah tu. Isk. Saya tengok pun ngeri. Huhu. Sian Irma. Lepas tu kat betis dia, dia asyik garu-garu, especially masa tidur. Gatal sangat la tu kot. Habis betis anak mak berdarah-darah, berkudis-kudis. Huhu. Bila dia nak garu, saya tak bagi. Saya kata nanti kulit tak cantik. Tau apa dia jawab?


"Nanti takleh jadi pinses."


Hihi.


Lepas tu bawak la Irma ke klinik. Doktor tu kata tak mungkin la allergic pasal injection tu. Erk, kenapa tak mungkin pula ek? Habis tu kenapa biji-biji tu naik lepas injection? Doktor tu takmo langsung terima alasan yang injection tu MUNGKIN menyebabkan naik rashes tu. So, malas nak argue, saya jawab ajelah, "Kebetulan."


Nak kata Irma makan apa-apa yang boleh mencetuskan ruam-ruam tu, takde pulak dia makan yang pelik-pelik. Takde pulak makan seafood ke, kacang ke apa. Entah la.


Sudahnya doktor bagi ubat sapu dan ubat makan untuk allergic. Alhamdulillah biji-biji tu dah berkurang sikit. Masih ada lagi tapi tak obvious sangat la macam hari pertama dia kena tu. Kudis-kudis tu dah jadi parut. Harapnya bukan parut kekal la.


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!