Friday, August 20

Down With Fever

Dah beberapa hari Imran batuk + selsema. Dan dah beberapa hari juga saya ambil EL untuk bawa anak-anak ke klinik. Oh Irma pun ada kisahnya jugak. Tapi tu kita cerita kejap-kejap lagi ok :)


Malam tadi Imran ikut aunties nya ke Carr.efour. Masa balik tu mata dia nampak dah kuyu je. Mungkin sebab siang dia tak tidur, so dia ngantuk. Lepas tu tetiba dia merengek kata, "Sejuk! Sejuk!"


Bila ditanya apa yang sejuk, dia tunjuk kaki. Dia kata kaki dia rasa sejuk. Eh? Apasal tetiba kaki sejuk pulak kan. Bila rasa, takde la sejuk pun. Cuba nak selubung kaki dia dengan selimut, tapi dia takmo. Rasa dahi dia. Ya Allah! Panas kemain! Cecepat la saya bagitau En Abah.


Lepas tu terus la bergegas ke KP.MC Kajang. Sebenarnya kami tak familiar dengan medical center yang ada kat Kajang ni. Selalunya pi klinik panel je. Takpun ke klinik paed. Tapi masa tu dah dekat pukul 11. Mana ada klinik yang bukak lagi kan. KP.MC ni lah satu-satunya medical center yang terlintas dalam kepala masa tu. Plus pernah bawa Imran ke sana, sekali. 


Sampai sana, doktor shift malam belum sampai pun lagi. Dok melepak la tengok 'TV betar' (bak kata Imran) layan drama Melayu yang kat TV3 tu. Apa tajuknya eh? Tak pernah tengok pun selama ni. Eheh.


Masa menunggu tu nampak Imran macam dah aktif semula walaupun badannya still panas. Siap menceceh kata, "Mana ni? Lambat nyeeeee....!" Ceh. Padahal tunggu doktor dalam 15 minit je pun. Haha.


Kitoranglah satu-satunya patient malam-malam buta tu. Hehe.


Masa doktor panggil, cek itu ini, kata doktor Imran ada infection disebabkan selsema dia tu. Hm... lama jugak sebenarnya selsema dia tu berlarutan. Nak dekat seminggu jugak lah. Ubat makan, tapi macam takde effect. 


Ekceli memang dah lama detect dah. Kalau pi klinik panel kat CP tu, memang selalunya ubat-ubatnya tak jalan. Last-last orang yang sakit biasanya baik sendiri, padahal ubat dah habis makan pun. Kena pi kali kedua then baru okey. Hmm... ni strategi nak kaut untung lebih ke hape, tak tau lah. Pepaham je lah kalau klinik panel claim kat company, memang tetiba je ubat-ubat tu semua jadi mahal kan. Padahal kalau bayar sendiri around RM15 je. Bila tengok bil yang diorang claim tetiba jadi RM40 -RM50 gitu. 


Dulu masa En Abah sakit pergelangan tangan tu, memula doktor A kata takde pape. Terseliuh gitu la lebih kurang. Bagi ubat sapu je. Tapi makin hari makin sakit pulak tangan En Abah, sampai nak drive pun susah. Dah la pakai kereta manual kan. Tangan kiri tu penting nak tukar-tukar gear.


Lepas few days, datang balik kat klinik tu, tetiba doktor B pulak kata kena xray. Oh. Retak rupanya. Kalaulah En Abah biarkan aje sakit tu, entah apa jadi agaknya kat pergelangan tangan dia. Huhu.


Ok. Balik pada cerita asal :P


Balik KP.MC, singgah drive-thru McD. Konon nak ala-ala manjakan Imran la kan sebab tak sihat. Punyalah dia suka.


Sampai je rumah, bila time makan ubat, meraungnya tak hengat! Padahal selama ni dia jenis suka makan ubat. Suka okeh. Sampaikan kalau ubat untuk adik dia pun dia nak tumpang sama kalau boleh. Malam tadi pulak dia takmo. Mungkin ubat tu tak sedap kot. Plus rasa tak sedap badan ke apa kan. 


Punyalah susah nak bagi dia makan ubat! Memula tu siap 3 orang pegang dia nak bagi makan ubat. 3 orang tuu. Anak mak memang kuat okeh. Kalau takat sorang je nak pegang dia masa dia meronta-ronta, alamatnya kena la tumbukan manja ke apa kat pipi, hidung, dagu dan yang sewaktu dengannya :)


Lepas dah beberapa kali tu, dia surrender. Takmo kena pegang ramai-ramai. Sakit kot. Tapi tetaplah menangis masa makan ubat. Lepas tu taknak orang lain suapkan. Nak Aunty Adik je yang suap. Orang lain boleh blah. Hehe. Maklumla Aunty Adik tu memang suka manjakan Imran. Belikan toys la, bagi main game kat hp la. Bukan macam mamanya ni. Hihi.


Selesai adegan berkungfu berkuntau, barulah Imran tidur. Fuh lega.


Pagi tadi lepas sahur, Imran terjaga. Meraung-raung lagi. Badan dah panas balik. Panas gila! Ikutkan hati nak je amik cuti. Tapi untuk bulan ni tah berapa kali tah saya dah amik cuti. Cuti anak sakit, cuti saya sendiri sakit. Ah. Banyaklah. 


Nasib baik Aunty Adik sudi ambil half-day hari ni. Maklumlah bos dia takde petang karang. Kekekeke. So lepas makan ubat tadi Imran tidur, mungkin dia akan bangun dalam pukul 12 kot. By that time Aunty Adik dah on the way balik lah kot.


Oh. Doktor kata biasanya lepas dua kali makan ubat ni, Insyaallah demamnya akan kebah. Tapi kalau after 3 days demam masih tak baik, kena ke sana semula untuk ambil darah. Huhu.


Harap-harap takde apa-apa la. Cepat-cepatlah sembuh ye sayang. Risau mama.


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!