Puasa dah makin dekat. Semalam pi Kajang, tengok dekat area stadium sana dah mula ada booth jual macam-macam benda. Tapi pengunjungnya macam nan ado. Mungkin sebab belum start puasa lagi kot.
Ramadhan dan kesesakan lalulintas yang sangat-sangat-sangat adalah sinonim. Lagi-lagi area Cheras yang dari dulu, kini (dan selamanya??) memang asyik jem sokmo. Buatlah jalan macamana pun, tetappp lah jem kan.
So, untuk mengelakkan dan menyelamatkan diri (serta duit minyak) dari dok mengadap jem setiap hari, maka saya mengambil inisiatif (eceh) untuk masuk kerja pukul 7.30 pagi, balik pukul 4.30 petang. Kalau tahun-tahun lepas saya memang selalu berbuka dalam kereta, tahun ni harap-harap dapatlah berbuka di rumah dengan aman, walaupun saya tetap menjangkakan tempoh masa perjalanan adalah sekitar sejam setengah. Huhu. Mana taknya, nak keluar dari kawasan ofis ni pun dah amik masa berapa lama.
Hari ni hari pertama masuk ofis pukul 7.30 pagi. Sangat mengantuk okeh. Malam tadi anak dara terchenta tu tidur pukul 1 lebih. Pagi tadi adalah sedikit terlajak tido, lepas tu banyak kereta pulak hari ni. Nasib baik la sempat sampai ofis pukul 7.28 pagi. Hoho.
Sepanjang pagi muka adalah tersengguk-sengguk aje di depan PC. Tak senonoh betul. Lepas tu, cek email, eh, aku ada bukak tender laa hari ni. Boleh pulak lupa. Cepat-cepat le ke perolehan. Sampai kat sana, aiseh. Rupa-rupanya saya kena bukak tender tu esok pagi! Hahaha. Bikin malu aje la ZZ weh!
Untuk menghilangkan malu sendiri, dan untuk mendapatkan parking yang best nanti, maka saya pun pergilah bank dulu. Nak masukkan duit. Kononnya, tunggu sampai nak dekat-dekat lunch hour baru balik, sebab masa tu ramai orang keluar and parking kosong pun banyak.
Sampai kat bank, saya tuju le ke CDM. Nak masukkan duit, tapi sehelai RM50 saya tak laku di mata CDM itu. Saya pergi pulak ke CDM sebelah. Pun tak boleh jugak. Huhu. Maka saya pun pulanglah membawa hati.
Bila dah sampai ofis, saya telefon En Abah, bagitau duit RM50 takleh masuk dalam CDM. En Abah pun tanya, nape tak masukkan kat kaunter? Oh, ah ah kan. Apsal la saya boleh lupa wujudnya kaunter. Kehkehkeh. Nak tak nak, balik karang le baru singgah ke bank, bawak not RM50 yang lain pulak.
Haru-biru betul saya rasa pagi ni. Mungkin kerana masih mengantuk, maka otak juga weng. Ok lah. Nak tidur kejap. Dapat dalam 15 minit cukup lah kot.
Zzzzzzzzzzzzz....
2 comments:
sis,
sy pun amik inisiatif dtg awal utk bln nih, masuk kje kul 7.20 hehe. tp selalu dtg kul 7.30 parking masih bnyk, pg td dtg kul 7.15 tinggal sket je..hurmm mesti ramai yg masuk awal mcm kita ;p
marilah kita bersama2 tabah menghadap jem setiap hari
ohh btw, sy sudah tukar link belog new link
bulan puasa mmg ramai yg masuk pukul 730. kat ofis saya ni pun tinggal berapa kerat je yang masuk pukul 8/830.
Post a Comment