Monday, October 25

Beriang?

Petang semalam sedang saya melayan anak-anak makan nasi lemak air tangan ibu mertuaku, tiba-tiba terdengar suara SIL yang ke-2 menjerit depan pintu utama rumah.


"Aaaaaaa!!!! Buaya! Buaya! Biawak!"


Terkejut, saya dan anak-anak terus berlari ke depan. Mak ai!!!! Kitorang ternampak binatang ni.


Aaaa!!! Biawak!!!!


Besar gila hokeh! Memang macam buaya. Tak pernah seumur hidup nampak biawak besar tu. Patutlah SIL menjerit!


Biawak tu lalu betul-betul depan pintu rumah. Argh. Dah la darah menitis-nitis. Rupa-rupanya mulut dia terluka.


Terkejut agaknya dengar SIL menjerit, biawak tu berlari ke celah-celah pasu MIL. Nak cuba keluar ikut pagar. Tapi sudahnya dia tersekat. Mulut tersangkut kat lain, tangan tersangkut kat lain. 


Memandangkan bukan calang-calang besar saiznya, SIL pun telefon le 999. Orang tu kata, jangan usik biawak tu. Tunggu sampai orang datang.


Dalam 15 minit menunggu (lama gila rasanya), orang dari Pertahanan Awam pun sampai. Pelik jugak. Kenapa bukan bomba ek? Bukan biasanya benda-benda melibatkan binatang ni bomba yang punya kerja ke? Ke kerja-kerja menangkap binatang ni dah jadi tugas pertahanan awam pulak? Haku ke yang tak tau? 


Masa nak tangkap biawak tu, dia melawan okeh. Siap nak panjat pagar tu. Tapi tak lepas. Sudahnya dia lari ke longkang besar tepi rumah MIL. Masa dia bergerak-gerak tu saya dah lari masuk dalam rumah sambil dukung Irma. Huwaa takut lah! Geli pun ye!


Lepas dia lari ke longkang, dia tersangkut kat dalam longkang tu. Bayangkan punyalah lebar badan dia. Bila dah tersangkut, orang pertahanan awam tu pun tangkap la dia. Sorang pijak ekor, sorang pijak kepala, 2 orang ikat kaki tangan dia. Yang kelakarnya, kaki tangan ikat ke belakang. Dah macam tangkap penjenayah pulak. Tangan dia ada la besar-besar tangan Imran. Kuku mak aiii panjangnya!


Yang kelakarnya jugak, petugas tu terpijak taik kucing yang ada kat tepi longkang tu. Lepas tu dia pijak pulak kepala biawak tu. Hehe. Patut le diam je biawak tu. Pengsan agaknya terbau taik kucing. Hahaha.


Dah dapat tangkap, diorang angkut le biawak tu. Dia pegang ekor julang ke atas. Er dapat bayangkan tak? Pandai2 lah bayangkan ek. 


Bila dia buat macam tu memang terserlah ok panjangnya. Mak rasa dalam 1.5 meter kot. Panjang kan? Memang geli lah bila tengok.


Petugas pertahanan awam tu kata, binatang ni namanya beriang ria. Spesis biawak jugak le. Beriang ni tak kacau orang, tapi kalau ada yang kacau dia, memang dia lawan balik. Dan ganas. 


Diorang pernah tangkap beriang ni kat tempat lain, saiznya 3 kali ganda dari yang kat rumah MIL ni. Mak aiii! Besarnya! masa nak tangkap tu, dia tengah makan anjing. Imagine that! Orang ramai ingat memang buaya lah kan. Rupanya biawak. Eiii!


Pagi ni saya google dan rasanya boleh lah buat kesimpulan yang beriang yang dimaksudkan tu dikenali jugak dengan nama 'biawak air'. Eh tapi kulit dia cantik juga tau. Macam kulit ular. Bukan macam biawak biasa-biasa yang kita tengok tu. 


Sebagai penutup, mari kita akhiri dengan menyebut 'Buaya Biawak' sebanyak 15 kali dengan kadar yang laju :)




Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!