Memandangkan kamera pinjam tak berada dalam tangan saya sekarang, maka tidak dapat lah nak upload gambar masa kat Vietnam sana. Tak syok pulak cerita kalau takde gambar macam entri dulu-dulu tu kan. Jadi hari ni takde lah cerita pasal travelling kat sana.
Tapi, saya nak share sedikit sebanyak pengalaman/tips membeli belah perabih duit saya kat sana. Kalau boring atau malas nak baca boleh klik X kat belah kanan atas tu ye :)
Night Market dan Ben Thanh Market di Ho Chi Minh City
- HCMC ni penuh dengan motor tapi takde masalah nak melintas jalan sebab kat sana takde Mat Rempit. Hehe. Kebanyakan penunggang bawa motor dengan berhemah (walaupun bawa motor main belasah je masuk lorong sana sini) dan beri laluan kepada pejalan kaki.
- Harga T-shirt di pasar malam agak tinggi (saya terkena 110,000 Dong) padahal kualiti zero. Ada juga yang ok tapi harga pun 'ok' jugak. Kena pandai tawar menawar la kot. Better beli kat Ben Thanh market. T-shirt pada kualiti yang sama cuma 30,000 Dong je. Dalam RM5. Kedai dekat dengan pintu nombor 4.
- Tips shopping di Vietnam (especially area HCMC) - kalau tak berminat nak beli, JANGAN tawar harga. Boleh tanya harga, tapi jangan tawar. Nanti dia akan paksa kita beli. Kalau tak beli nanti dia mengamuk. Ok bukan mengamuk la. Tapi marah-marah. Bayangkan di Petaling Street. Macam tu lah situasi nya di HCMC. Tawar-menawar kalau betul-betul berminat nak membeli. Tapi kalau pandai tawar harga, memang boleh dapat murah.
- Ikut kata tourist guide kami, sentiasa jaga harta benda anda sebab penyeluk saku berleluasa. Alhamdulillah kami tak terkena.
- Kalau beli barang elakkan beli sorang-sorang. Bawa kawan untuk jadi saksi berapa Dong yang kita dah bayar so tak tertipu masa pulangkan balance duit. Ada sekali tu saya nak beli air. Harganya 15,000 Dong (dalam RM2.50). Bagi duit 100,000 Dong. Patutnya balance 85,000 Dong kan? Mula-mula tu dia pulangkan 80,000 Dong je. Dia layan customer lain. Bila minta balik lagi 5,000 Dong tu, baru la dia bagi. Tu pun sebab En Abah ada sebelah saya. Kalau saya sorang-sorang agaknya mungkin dia tak pulangkan kot. Silap-silap dia ngaku dah pulangkan duit. Huhu.
- Harga barangan sering bertukar ikut currency USD. Kalau USD naik, naiklah harga barang and vice versa. Harga masa weekend pun berbeza dengan harga masa weekdays.
- Tawar harga 50% - 70% dari harga yang dia buka. Ada sorang tu beli beg, harga asal 500,000 Dong (dalam RM83). Dia tawar dapat 200,000 Dong (dalam RM33). Kan jauh bezanya tu.
- Kalau boleh kaji dulu harga semua kain/souvenir kat both pasar malam dan Ben Thanh market. Then pilihlah gerai yang kita puas hati dengan harga dia. Kami tak sempat nak kaji semua gerai disebabkan faktor anak dara yang asyik nak jadi koala bear. Patah pinggang makcik!
- Ada penjual-penjual yang bawa barang kat kita masa kita keluar hotel. Tips membeli dari peniaga jalanan ni - tunggu masa last day. Bila dia nampak kita bawa luggage besar-besar, dia tau kita nak balik so dia akan jual pada harga murah. Desperate nak jual barang. Bagi mereka, better untung sikit dari tak untung langsung. Barang yang dijual macam-macam. Ada beg, mainan, kapal, buah-buahan, etc.
Trung Tam Thuong Mai Tan Binh
Kawasan borong macam-macam barangan kat sini.
- Kat sini ala-ala kedai borong macam kat Chow Kit sana. Kebanyakan barang yang dijual adalah baju-baju t-shirt dan kemeja, blouse etc. Ini bukan kawasan tourist kot sebab bila kitorang masuk sini semua orang pandang.
- Kualiti kain blouse kat sini bolehlah disamakan dengan kain kat pasar malam.
- Saiz ikut saiz Vietnam. Kecik-kecik aje. Macam saiz orang Cina kat sini (yang kurus-kurus la. yang obes sila abaikan :P)
- Ada juga jual kain cotton tapi yang dah siap potong 2 meter. Yelah diorang mana pakai baju kurung kan :P
- Air kelapa sangat best. Fresh-fresh dan disimpan dalam ice box. Sejuk! Harga dalam 5,000 Dong ke 30,000 Dong. Ikut tempat. Kalau tepi-tepi jalan tah mana-mana memang murah la. Tapi kalau kawasan tourist macam kat Muzium ke, Ben Thanh market ke, memang dia tekan la. Kat Tan Binh ni dalam 10,000 Dong.
Cu Chi Tunnel
Ini ialah tempat di mana orang Vietnam dulu bina terowong bawah tanah sebagai perkampungan diorang masa zaman perang dulu. Memang agak dahsyat diorang ni survive bawah tanah. Dah la terowong dia kecik aje. Ada yang sebesar 60cm lebar x 70cm tinggi aje. Camno nak lalu tu??? Mak memang tak yah cerita panjang lah kan. Memang tak lepas punyaaa... Hahaha.
- Make sure pakai t-shirt yang selesa dan serap peluh masa ke sini. Kalau nak masuk tunnel bawah tanah tu, sila pakai baju gelap so kalau baju kena tanah pun takde la nampak kotor sangat.
- Kalau boleh bawa bekalan air minuman. Tapi kat luar tu ada juga jual air sejuk-sejuk (air tin/botol) dalam 12,000 Dong.
- Souvenir kat sini murah-murah especially jewellery box yang dibuat dari kayu. Kat HCMC mahal (sebelum tawar). Saya habis 185,000 Dong dan dapat 2 jewellery box sederhana besar, satu tea set. Kat Ben Thanh market saya tengok, satu jewellery box saiz sederhana harga 250,000 Dong (dalam RM42)! Nak mintak murah pun takut! Hehehe.
- Orang yang ada penyakit macam lemah jantung ke, darah tinggi ke disarankan agar tidak masuk ke dalam tunnel. Oh, tidak lupa juga orang yang terlebih comel
macam saya. Harus tersekat kat dalam tu nanti. Muahaha.
Perkampungan Sungai Mekong
- Perjalanan dari HCMC ke Sungai Mekong agak lama (2 1/2 jam) so kalau ada bawak biskut dari Malaysia tu boleh la jadikan bekalan dalam bas.
- Ada snek ringan yang dijual kat sini. Makanan tradisi ala-ala macam cakar ayam gitu la. Harga standard 5 peket 100,000 Dong. Satu peket dalam 3 ringgit lebih la. Kalau bernasib baik dapat 6 peket 100,000 Dong. Makanannya halal sebab asasnya cuma gula, santan dan buah-buahan. Dah macam dodol pun ada.
- Souvenir kat sini agak mahal so takyah beli pun takpe.
- Teh madu campur limau dia sangat menyegarkan walau dihidang panas.
- Yang ada ular dan kala jengking dalam botol tu bukan madu tapi arak ye kawan-kawan. Saya tak ambil gambarnya so saya letak gambar dari pakcik Google aje lah ye.
Geli kan? |
6 comments:
ewww...gelinya tgk arak tuh...
anyway, very gud info zety..kut2 in future akak lak sampai ke sana..leh guna tips yg zety kasi tu
err..gelinye arak tu...btw..thanks 4 the valuable information.. plan nak g sn february next year...
tq akak share tips2 yg berguna tu...
"sharing is caring"...heheh
kak ina,
memang geli. tu yang tak amik gambo tu hehehe.
atiqah,
wahhh nak ke sana nanti ye? happy shopping! hehehe.
easa seriau plak nak pi
lengkap betul info ko..... tpppp biler aku nak p hu3...
fid,
tang mana yg seriau tu?
lia,
nak pi sana dah murah dah sekarang. moh kita kumpul duit! kalo dpt peluang aku nak gi lg. hehe.
Post a Comment