Semalam EL dek kerana badan Imran naik gatal-gatal. Penuh satu badan nyah! Mak tengok rasa kesian ada, rasa badan sendiri jadi gatal-gatal pun ada. Banyak gila!
Udah la malam tu Imran yang dah lama tak muntah, tetiba je termuntah dengan jayanya. Siap dia sound lagi sebelum muntah tu, "Abang nak muntah la..." Pastu terus bluekkkk!!!
Punca muntah dan badan naik gatal-gatal masih misteri. Oh bukanlah misteri sangat. Cuma banyak possibility so tak sure apa punca sebenarnya.
Actually dalam dua tiga hari lepas kitorang tengah try nak bagi Imran minum susu lembu sebagai salah satu langkah perbelanjaan berhemah dek kerana harga Isomil yang dah melambung naik tu. Hari pertama dia minum nampak ok. Takde naik eczema dia, takde bunyi nafas yang pelik-pelik. Hari kedua (Ahad) tu lah yang dia muntah. TAPI, kitorang still tak suspect dia muntah pasal susu tu. Sebabnya, malam tu dia makan lambat. Tidur awal sangat which is jarang berlaku la kat dia. Penat sangat kot masa tu. So, kitorang ingat dia muntah sebab perut masuk angin.
Ahad petang tu pulak dia ikut atuk dengan nenek balik ke kampung sekejap. Neneknya kata dia main kat padang dengan anak sepupu saya.
Malam tu dia terjaga dari tidur pastu tergaru-garu satu badan. Pagi esok tengok badan dah berbintat-bintat. Makin lama makin melarat satu badan. Adeh. So marilah kita ke Klinik Dr Saiful ye Imran.
Masuk je bilik doktor teruslah kena tegur, "Ehhh ini allergic ni!!"
Lepas cerita bagai penglipur lara sikit-sikit pasal susu, masuk angin & main kat padang tu, maka doktor pun tak dapat nak buat kesimpulan yang tepat. Mungkin jugak pasal susu, mungkin jugak pasal masuk angin, mungkin jugak pasal terkena gegata kat padang.
So, terpaksa stop kan kejap minum susu lembu. Kena teruskan dengan Isomil. Bila badan dia dah ok, and dah takde dah terdedah pada kemungkinan-kemungkinan allergic yang lain, barulah boleh start minum susu lembu balik. Plus, doktor kata kalau baru 3 tahun setengah ni biasanya allergic nya baru 50% ok. Dah umur 6 tahun tu dalam 70% baru ok.
Huish. Lama jugak la anak mak ni kena puasa dairy food. Sikit-sikit boleh la. Banyak-banyak, alamatnya naik balik la gatal-gatal tu.
And now the problem is, Imran dah tak berapa selera pulak dengan Isomil tu. Dah syok minum susu lembu agaknya. So, sekarang ni kena tambahkan sikit Milo dalam susu dia. Takpe ke ek?
No comments:
Post a Comment