Hajat di hati hendak makan western food hujung minggu sudah kerana tiada nafsu terhadap nasi masa tu.
Memandangkan daku tidak mempunyai oven, maka resepinya haruslah menggunakan microwave. So, marilah kita memasak black pepper chicken yang sangat mudah itu. Resepinya di sini.
Pic googled |
Dah selesai marinate ayam, duduk-duduk kejap, maka mulalah nak masukkan ayam ke dalam microwave. 10 minit lepas tu, timer pun berbunyi. Sekali bila bukak microwave, alamak. Apasal ayam haku ni sejuk lagi? Aku salah setting ke hape?
Takpe, takpe. Kita try lagi sekali. Huhuhu. Jangan kata masak, suam-suam kuku pun idak ayam tu.
Rosak rupanya microwave haku!
Pic googled |
Setelah 4 tahun setengah ko berkhidmat dengan aku, akhirnya ko rosak jua.
Oleh itu, kempunan la mak nak makan telur tembakul black pepper chicken ala Secret Recipe itu. Ku gorengkan aje ayam tu, nyah. Belasah aje lah.
1 comment:
ahaks...adoi laaaa...sori la...nak tergelak pon ado! tp kesian la kat ko babe.....kempunan...huhuhuhu
Post a Comment