Thursday, December 2

Orang Lain Sibuk Dengan Proses Weaning Sedangkan Kitorang...

... dalam proses memisahkan Imran dengan Mon a.k.a bantal busuk dia ;)


Masa baby dulu :)

Sebenarnya benda ni terjadi secara tak sengaja. Masa nak ke Vietnam hari tu, memang dah siap-siap letak patung Doraemon dia dalam kereta. Tapi masa dah naik bas on the way ke LCCT baru lah perasan Mon dia tu tertinggal dalam kereta.


Masa tu dok pikir, ah sudah! Naya masa tidur malam nanti ni! Selama ni kalau Imran tak dapat Mon masa tidur memang dia akan mengamuk sakan. Kiranya Mon ni ubat tidur dia lah.


Lepas tu kat atas kapal Imran dok tanya mana Mon, mana Mon. Terpaksa la bohong sunat, bagitau Mon tak boleh naik kapal terbang. Orang kat airport tak bagi. Huhu. Imran pun redha aje lah.


Malam pertama kat Vietnam, Imran menangis cari Mon. Sudahnya dia tertidur lepas minum susu.


Pagi esoknya saya pujuk dia minta dia jangan cari Mon sebab Mon tertinggal kat Malaysia. Bagitahu dia yang nanti kalau kitorang jumpa kedai anak patung (plushie), Imran boleh pilih mana-mana anak patung yang dia nak.


Alhamdulillah malam tu dia tidur lena. Mungkin jugak sebab kepenatan.


Malam ketiga belikan satu plushie ni kat gerai jual macam-macam anak patung kat pasar malam sebab dah janji kat dia kan. Lagipun dia pilih sendiri. Tapi dia tak tidur pun dengan patung tu. Mon pun dia dah tak tanya dah. Mungkin dia paham yang Mon dia jauhhhhh kat Malaysia sinun :)


Balik ke Malaysia, kitorang biarkan je Mon dalam kereta. Syukur sebab dia boleh tidur macam biasa. Tak cari Mon dah. Tapi ada satu statement dari mulut dia yang buat hati ni sayu sikit,


"Abang rindu kat Mon la."


Huhu. Kesian pulak rasa. Walaupun dia tak mencari, tapi dia rindukan patung dia tu. Ye lah, dari umur dia 5 bulan dia berkepit dengan patung tu. Pernah cuba tukar dengan patung Doraemon yang lain tapi dia takmo. Maknanya dah 3 tahun lebih dia tidur dengan Mon tu. Mestilah rindu kan.


Patut ke kitorang pulangkan balik patung tu ye? Ataupun biar je patung tu 'hilang'? Atau letak je kat mana-mana yang dia nampak so terpulang pada dia nak terus berkepit dengan Mon tu lagi ataupun tak.


Mak tak sampai hati le nak pisahkan anak mak dengan barang kesayangan dia. Huhu.


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!