Whoa.
Minggu lepas saya cuti panjang. Bukannya berjimba-jimba ke mana-mana. Tapi ayah saya kurang sihat. Ayah demam dari hari Selasa lagi. Demamnya asyik terbaring aje.
Hari Rabu, adik saya ambil cuti memandangkan saya ada tugasan yang perlu disiapkan. Hari Khamis, ayah still tak berapa sihat so saya pulak punya giliran untuk ambil cuti.
Khamis lepas Maghrib, tetiba badan Irma pulak panas semacam. Terus terbaring lesu je sedangkan siang tu punyalah aktif main dan usik semua orang.
Malam tu Irma start muntah-muntah pulak. 3 kali kalau tak silap. Adeh. Ini tak boleh jadi. Dah la Ayah belum betul-betul sihat. Takkan saya nak tinggalkan anak-anak sendirian dengan atuk diorang macam tu je. Kesian kat Ayah. Kesian jugak kat Irma. Irma ni kalau kurang sihat memang asyik cari saya je. Dengan orang lain tak jalan.
Sudahnya terpaksalah ambil cuti Jumaat tu.
Malam tu selain bagi ubat demam saya pakaikan jugak Bye-Bye Fever tu. Risau jugak takut Irma takmo pakai. Selama ni kalau saya pakaikan benda alah tu, adalah dalam 5-10 minit je terlekat kat dahi dia. Lepas tu dia cabut. Tapi Alhamdulillah malam tu dia pakai benda tu sampai ke pagi.
Bye-Bye Fever versi Indonesia kut :) |
Sabtu pagi nampak Irma dah ok. Main macam biasa. Tapi malam tadi badan dia dah start panas balik. Hidung tersumbat so dia nak tidur pun tak berapa selesa. Asyik merengek aje. Ubat selsema dah habis tapi selsema still tak baik-baik lagi. Kena jumpa doktor lagilah nampaknya.
Hopefully Irma cepat-cepatlah sembuh ye nak.
3 comments:
skng ni musim demam la.... bukan jer irma, aku pon kena seminggu end of last year... mcm nak mati rasa sakitnyer tu...
pelik tgk budak2 yg boleh baik jer biar coolfever tu melekat kat dahi. sebabnya anak sendiri... huh... tak dapek la mcm tu
lia,
betullah tu. ayah aku yang memula demam. dah tu jangkit ke cucunya pulak. huhu.
isabellle,
tu pun jenuh pujuk dia pakai. kebetulan pulak iklan bye bye fever tu keluar kat tv masa nak pakaikan benda tu. adeh. kuat sungguh pengaruh iklan.
Post a Comment