Monday, January 17

Jusco Kuasa Dua

Hari Sabtu kami anak-beranak ke Jusco aje. Tujuan asal keluar nak ke bank. Tetiba En Abah ajak ke Jusco pulak. Layannn....


Mula tu cuma nak cari sepasang baju kerja untuk En Abah. Masa tu cuma dapat sehelai seluar je sebab susahnyaaa nak pilih barang. Ramai gile orang, pastu anak-anak pun asyik kejap nak ke sana kejap nak ke sini. Fuh. Lepas dah selesai membeli En Abah ajak karok la pulak. Lepas gian ye, En Abah?


Melalak dalam bilik kaca Greenbox tu dalam sejam lepas tu gi makan pulak. Lepas tu balik.


Dalam perjalanan balik, baru laaa teringat. Alamak! Pagi tadi hantar dobi (untuk keringkan aje) lupa pulak nak ambik! Lalu depan kedai dobi tu. Aiseh. Sudah tutup la!


Baju-bajan yang dihantar semuanya baju En Abah. Biasalah orang PJJ ni kan. Ehehe. Nak jemur tapi cuaca mendung je. Ampaian pun dah penuh dengan baju sebab malam sebelumnya hujan lebat. Tu yang hantar dobi tu. Tapi terlupa pulak nak ambik. Kisahnya.


Macamana ni? Kata En Abah. Semua baju dia kat dobi tu. Macamana nak gi kerja? Nak tak nak, kena la gi Jusco balik keesokannya. Semata-mata nak cari baju kerja.


Hari Ahad ke Jusco lagi. Kali ni anak-anak tinggal kat rumah nenek :P


Mak aiii punyalah ramai orang. Berapa kali pusing-pusing cari parking. Ngalahkan MidValley!


En Abah ni pulak kalau mencari baju kalah orang perempuan. Lepas dua jam dapat le sehelai seluar dengan sehelai kemeja. Hoho.


Dah sampai rumah barulah En Abah bagitau kat Seremban ada lagi beberapa helai baju yang dia boleh pakai sampai Rabu ni. Cett. Baru nak bagitau. Sebenarnya dia saja je nak beli baju tu. Cakap ajelah kan senang. Ehehehe.


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!