Tuesday, February 22

Irma Dan Chicken Pox

Assalamualaikum!


Wah dah lama rasanya tak berblogging hehe. Dari hari Jumaat saya terpaksa EL. Anak dara saya kena chicken pox. Kalau nak dibandingkan dengan abangnya dulu, rasanya Irma punya chicken pox ni agak teruk jugak lah.


Pic from here


Hari Khamis masa saya tengah dalam perjalanan nak balik rumah, adik saya call bagitau badan Irma naik biji-biji. So malam tu kami ke klinik jumpa paed. Confirm chicken pox. Dapat antivirus dan paracetamol. 


Irma asyik merengek je masa tidur malam. Sakit plus badan dia rasa tak selesalah tu kot agaknya. Memang malam Khamis tu saya tak mampu nak tidur lena. Sekejap-sekejap Irma nangis. Selang 4 jam bagi dia ubat antivirus tu (apa namanya saya tak ingat). Memandangkan ubat tu dalam bentuk tablet so kena la masukkan dalam susu dia.


Weekend saya memerap je dalam rumah sebab Irma tak sihat lagi. Makin hari makin banyak biji-biji naik satu badan. And dia pun asyik merengek je. Lagi-lagi kalau saya ada. Hehe. Memang manja lain macam sikit.


Paling kesian tengok Irma sebab area yang paling banyak naik biji-biji ialah kat nappy area. Bila dia kencing je memang menangis lah kan. Pedih. Lepas tu kalau poo-poo lagi laaa menjerit dia bila kita nak basuh. Huhu. Saya sorang je yang berani cuci. Yang lain tak sanggup. Takut. Habis nak buat macamana. Takkan tak basuh pulak kan.


Hari Isnin ingat nak pergi kerja. Demam Irma pun dah kurang. Cuma biji-biji kat badan tu je lah yang tinggal. Tapi bila check balik, aiseh. Tempat terbaru biji-biji naik ialah kat dalam mulut, and kat tubir mata. Kat bahagian bawah mata tempat air mata keluar tu. Huuuu saya tengok pun ngeri. Macamana lah Irma rasa. Kesian sungguh.


Lepas tu kat nappy area dia belum kering lagi biji-biji tu. Habis siapa pulak nak jaga dia time dia rengek-rengek nanti kan? Nak tak nak terpaksa la ambil cuti lagi sehari.


Malam tadi tengok kat nappy area tu dah kering sikit biji-biji tu. Rasanya ok kot kalau saya tinggalkan dia dan pergi kerja hari ni. Malam tadi pun dia dah mula aktif dan dah start kacau-kacau orang. So I guess dia dah ok la kot.


Kalau esok mata dengan mulut dia tak baik-baik jugak, kenalah jumpa paed lagi sekali. Ubat pun takat untuk sampai hari ni je.


Irma, cepat-cepat lah sembuh ye nak. Kesian mama tengok penuh biji-biji satu badan. Lepas tu tangan pulak asyik gatal je nak menggaru. Cepat-cepat sembuh ye. Minggu ni ada wedding nak kena attend. Kalau dah baik boleh la Irma ikut sekali :)


5 comments:

Ina Hashim said...

ala siannya dia...get well soon dear irma

rohaadam said...

smg cepat sembuh yer irma. Aleeya pun kena chicken pox,hari 1st day.Tak tahulah mcm mana nanti.tu pun sebab berjangkit dgn sy last week.

Unknown said...

Kak Ina,
tq! :)

rohaadam,
tengah musim agaknya sekarang ni. ramai yang kena, especially budak2.

isabelle said...

takut plak kalo anak kena.maklumlah...set2 umur x reti tahan sakit lagi...
kang jenuh meragam

Unknown said...

isabelle,
hoo memang agak jenuh le melayan time dia meragam. kadang tu drama je lebih. sakitnya idak. saja nak manja-manja. hehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!