Hari ini, hari yang paling membuatkan aku terduduk. Terduduk sampai menitis air mata ku. Bukan takat menitis tapi berjurai-jurai sampai basah tudung.
Ya Allah, Kau berikan ujian pada hambaMu yang mampu menghadapinya. Tapi mampukah aku hadapi semua ini? Aku sendiri tak pasti. Hanya Dia yang tahu.
Berikanlah aku kekuatan. Demi anak-anak.
Aku tak tau nak tulis apa lagi. Hati aku tengah pedih sangat-sangat sekarang ni. Rasa macam dah hujung nyawa pun ya. Rasa terputus nafas aku. Degup jantung aku.
Mungkin inilah yang terbaik untuk aku.
12 comments:
Beb,
bertabahlah selagi mampu.. Hanya DIA sahaja yang dapat membantu. :)
aku sedang cuba ni beb. kalau tidak mau aku terjun lombong sekarang ni.
bykkan bersabar babe... Dugaan dari Allah itu adalah utk hamba2Nya yg mampu menghadapi...
intan,
thanks. sedang mencuba dan masih mencuba.
berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul. ujian tu utk bersihkan dosa. sabar ye.
don't despair and never loose hope,
coz Allah is always by your side..
:)
dik,
amik wudhu. solat 2 rakaat. mengadu dengan allah. segalanya milik allah.
Terus tabah & jangan putus harap :). Ramai kawan-kawan yang menyokong dari belakang
Zety,
Walaupun aku tak tahu apa yang ko alami...banyakkan bersabar dan beristighfar...
Selawat banyak2...dan mohon Allah beri kekuatan pada diri...
InsyaAllah, Allah sangat sayang pada kita....
Sabar ye Zety...Aku doakan yang terbaik untuk ko. Take care
Cik zety..
Dirimu sedang diduga.tapi igtlah bahawa Allah tahu segala2nya.sabar..
kuatkan diri demi anak2.
Mungkin itu yang terbaik,tapi org lain hanya boleh berkata-kata.hanya dirimu yang akan buat keputusan atas segala2nya.tapi igtlah.Allah tak akn beri sesuatu musibah itu tanpa ada sebabnya.
Dan kami sentiasa menyokong mu....
zety...:)....
akak doakan zety dilindungi Allah.....yakin pada Allah...kerana hanya DIA yang tahu apa yang terbaik untuk zety dan keluarga....solat, doa dan bersabar ....
kawan-kawan,
terima kasih atas kata-kata semangat. alhamdulillah semuanya dah ok. insyaallah. thanks guys! :)
Post a Comment