Wednesday, April 20

Adui Kesian Irma

Sedang sedih sekarang ni.


Malam tadi Irma jatuh tersembam. Jangan tanya macamana boleh jatuh sebab takmo dan tak sanggup ingat dah macamana.


Punya la kuat dia menangis. Bibir pecah, gigi patah. Darah menitik-nitik turun. Huhuhu.


Gigi patah bukannya macam kita cabut gigi ke apa, tapi gigi kapak dia patah macam kena kikir. Gigi kapak yang belah kanan tu dah tak sama besar dengan gigi kapak belah kiri. Dah sama level dengan gigi susu yang lain. Dapat bayangkan tak?


Lepas tu bila cek rasanya gigi tu goyang sikit. Alahai. Siannya anak aku. Malam tadi nak minum susu pun takleh. Kena guna straw. Bibir dia bengkak gila. 


Ingat nak bawa dia gi klinik gigi hari ni. Tapi pagi tadi satu rumah terlewat bangun. Kelam kabut semuanya. Lepas tu tengok Irma lena je tidur. Tak sampai hati pulak nak bawak sampai ke Shah Alam. Huhu.


Kesian anak dara aku senyum dah tak secomel dulu. Nak salahkan sesiapa pun dah tak guna. Benda dah jadi kan. 


Pagi tadi masa on the way gi kerja En Abah kata kat jam tangan dia ada lagi kesan darah Irma. Terpalit darah kat situ masa En Abah dukung dia bawak gi klinik.


 Sedih.


Agak-agak gigi Irma tu kena cabut ke ek?


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!