Fuhh fuhh. Kasi buang sama itu habuk. Hehe. Hampir dua minggu meninggalkan blog sampai bersawang sudah.
Khamis ni birthday Imran. Mungkin tak sambut apa-apa kut. Sebabnya this Saturday adik yang bongsu tu nak bertunang. So sambut sekali lah dengan birthday Imran. Ni kiranya sambutan 3 dalam 1 ni. Sebab cousin pun tumpang buat akikah anak dia sekali. Jimat gitu.
Tapi, sambut birthday Imran kenalah sambut dengan birthday Irma sekali. Kalu dak nanti ada yang merajuk :) Nasib baik lah birthday korang sama bulan, nak oi. Takde la pelik sangat letak nama dua2 kat kek tu kan.
Sepanjang minggu ni mungkin akan sibuk le nak nyiapkan rumah untuk kenduri Sabtu ni. Kalau dah ada budak berdua tu memang agak payah le nak bagi rumah bersih berkilat. Ada aje projek dorang.
Oh Imran sekarang ni sangat suka main Angry Birds. Bagi la kat dia berjam-jam dia boleh layan. Huhu. Sekarang ni pantang nampak Aunty Aya (adik no 2) mesti dia sengih-sengih, ngendeng nak pinjam handphone buat main games. Hahaha. Nak harapkan handphone mamanya nan ado benda-benda gitu kan. Nasib laaa Aunty Aya asyik kena caj handphone je. Hahaha.
As for Irma pulak, nampaknya luka kat bibir dah ok. Cuma satu gigi kapak dia dah tak berapa kapak dah. Hehe. Dah tinggal separuh. Lepas tu kalau perati betul-betul gigi tu macam ke depan sikit. Nak ke dentist tah bila. Nanti-nanti lah ye anak. Huhu.
En Abah pula sekarang ni kerja kat Putrajaya. Maknanya supir tetap saya secara automatically dah resign. Hehe. Bila ada supir dulu memang waktu makan tak pernah miss. Breakfast, lunch mesti makan punya. Sekarang bila jadi lone ranger balik maka waktu makan bila sempat aje lah.
Baby no 3 nampaknya ok. Masih on folic acid. 18hb ni ada check-up. Mungkin masa tu baru dapat Obimin kut. Apa yang buat saya a bit concern sekarang ni ialah pasal saya punya caffeine addiction. Huh. Kalo tak dapat caffeine sehari rasa tak tenteram hati. Wah sampai gitu sekali. Ni kena kuatkan hati lah ni. Kena kurangkan pengambilan nescafe/coffee. Huhu.
2 comments:
u tu mkn utk 2org.jgn skip2 waktu mkn.
p/s:
adik bongsu u nak bertunang, so balik kg hari apa?
baikk.... :)
i memang duduk kat kampung. takyah balik-balik dah. hehe.
Post a Comment