Monday, July 25

Pulang ke sarang

Alhamdulillah. Kerja-kerja nak pindah dah hampir 50% selesai. Hopefully dapatlah kami pulang ke sarang semula dalam bulan puasa ni :)


Pinda memindah ni banyak penat woo... lagi-lagi kalau rumah kita tu dah pernah orang lain duduk sebelum kita. Student pulak tu. Lelaki pulak tu. Mak aiii satu kerja nak mengemas rumah yang tah macam hape. Aku rasa diorang memang tak pernah le buat kerja-kerja pembersihan. Dinding bilik air berkarat Ya Rabbi.
Tapi aku bersyukur walaupun budak-budak ni duduk rumah aku macam duduk kolej - tak pernah cuci toilet ke apa, tapi so far aku tak pernah le dengar aduan dari jiran-jiran pasal diorang buat perangai tak senonoh. Cukup baik bagi aku.


Kerja-kerja pembersihan dah hampir selesai. Tinggal nak tambah itu ini sikit, nak panggil plumber betulkan tah hape yang bocor kat belakang tu. Then masukkan barang-barang. Lepas tu Insyaallah boleh le pindah. Yay.



Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!