Wednesday, July 13

Selamat Tinggal Kawanku Ofisku...

Hari ni ada makan-makan dan doa selamat kat ofis sempena bos akan dapat bilik baru, pegawai naik pangkat jadi datuk sebab dapat cucu pertama, serta meraikan kepergian aku.


Esok last day aku kat sini. Sedih? Siapa yang tak sedih tinggalkan ofis lama. Tapi aku lebih kepada agak cuak nak memulakan kerja di tempat baru. Oh aku memang gitu. Selalu cuak kepada benda-benda yang tak terjadi lagi. Eheh.


Hari ni aku (baru) nak transfer semua dokumen & benda alah lain yang ada dalam PC ni. 6 tahun guna PC yang sama, haruslah berlambak-lambak benda alah tah hape-hape (yang dah jadi tukun pun ye) yang wujud dalam PC ni.


Lepas tu aku nak asingkan pulak dokumen-dokumen untuk diwariskan kepada pengganti aku :) Kena susun betul-betul ni. Tak kang harus pening kepala En. A tu nanti. 


Hari ni kalau larat aku nak angkut semua harta benda aku yang ada dalam bilik ni. Ingatkan tak banyak. Tapi bila dah kumpul-kumpul boleh tahan jugak woo... Macamana la aku nak angkut ni kang. Jangan terberanak sudah. Hahahaha. 


Kalau takat benda-benda kecik macam stationery tu boleh le aku hadap. Ni buku-buku teks zaman degree dulu pun ada aku bawak ke sini. Konon nak buat rujukan la konon. Konon je la. Sudahnya jadi perhiasan dalam ofis aku konon aku ni banyak membaca la. Baca la sangat kan.


Ok lah perut sudah kenyang kena asak dengan soto dan spaghetti. Now nak pi toilet pastu nak start kemas barang.


Jumpa lagi entah bila.


4 comments:

lia said...

selamt berhijrah ke tempat baru

Fauziah said...

semoga selamat semua... selamat bertugas ditempat baru... selamat dapat bos baru... dan sihat selamat hingga melahirkan. EDD bulan berapa yer? no berapa? i bulan 12 no 4... hehehe... lps nih cuti 3 tahun pastu beranak balik... huhuhu... tak serik beranak..

Fauziah said...

semoga selamat semua... selamat bertugas ditempat baru... selamat dapat bos baru... dan sihat selamat hingga melahirkan. EDD bulan berapa yer? no berapa? i bulan 12 no 4... hehehe... lps nih cuti 3 tahun pastu beranak balik... huhuhu... tak serik beranak..

Unknown said...

lia,
thanks beb

cik pau,
terima kasih :). anak no 3. edd insyaallah akhir okt atau awal nov. yupp tak serik beranak lagi. sama la kita. heehehehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!