Ramai yang dah start bercuti ke? Dah ada yang balik kampung?
Aku masih kat ofis. Tapi Insyaallah hari ni amik half-day. Malam ni atau esok pagi balik Seremban sebab ada orang tu teringin nak berbuka kat Seremban sebelum raya ni hehehe. Ahadnya terus balik Shah Alam balik. Tah sempat ke dak nak siapkan rumah.
Tahun ni Insyaallah untuk pertama kalinya nak masak-masak untuk raya. Selama ni menumpang kasih mak aku dengan MIL je. Eheh. So meraban le aku mencari resepi.Tahun lepas aku pernah le masak rendang untuk En Abah tapi aku tak ingat la mana aku simpan resepi tu. Hampes betul. En Abah kemain suka rendang tu. Tah mana aku google resepi tu pun aku tak ingat haha.
Baju raya Alhamdulillah dah jumpa. Jadi Mak Arab le aku tahun ni dok pakai jubah je hihi. Dah le saiz pun macam Mak Arab kan. Tang mata je sepet. Baju jalan anak-anak pun boleh la dikategorikan dah settle. Untuk raya kendian-kendian tu diorang pakai le baju jalan yang sedia ada kot. Tak pun tengok le kot balik Seremban nanti gatal tangan aku nak keluarkan duit lagi boleh le belikan sepasang lagi untuk diorang.
Yang belum settle baju En Abah ni ha. Asyik tak menyempat je nak gi beli. Almaklum En Abah ni kalau bershopping mau amik masa 2-3 jam untuk sehelai baju. Tak suka rushing katanya. Ikutkan ajelah.
Maka kawan-kawan. aku nak amik kesempatan nak ucapkan Selamat Hari Raya, mohon maaf sekiranya sepanjang aku berblogging kat blog suam-suam kuku ni aku pernah buat sesiapa tersinggung ke apa. Yang drive tu bawak kereta elok-elok ok. Temankan le En Suami memandu jangan tidur je manjang (macam aku).
Sempena cuti raya ni blog aku pun bercuti la jugak. Ok see ya!
2 comments:
Slmt hari raya Zety...
hehe..kdg bkn xnk teman suami drive tp penat kemas2,packing2, shopping2, so on..so ni turn husband plak buat keje..hihi
Post a Comment