Wednesday, August 24

Raya Oh Raya

Waduh waduh. Aku rasa tahun ni lah raya paling tak ready persiapannya.


Baju raya En Abah dan anak-anak dah settle. Tapi baju jalan diorang belum lagik! Kasut anak-anak pun belum beli lagi. Takkan dia nak pakai selipar buruk tu kot? Buruk bebenor pada pandangan mata aku. Sandal aku pun kena cari gak nih.Dah macam nak putus je sandal yang sedia ada sekarang nih.Paling penting - baju raya aku takdak lagi! Huwa! Gini le nasib mak yong bersaiz besor. Nasib le. Haha.


Kuih raya as usual adalah kuih tunjuk-tunjuk. Ikiki. Insyaallah esok dapat. Oh tadi dapat sebungkus besar kerepek ubi ehsan Kelab Kebajikan kat opis aku nih. Semua staf dapat sorang sebungkus. Boleh le buat penambah koleksi kuih raya nanti.


Angpau raya tahun ni banyak aku dapat. Adalah dalam 8 peket. Kira banyak la tuuu... Aku nak bagi siapa je pon. Duit raya pun dah tukar.


Rumah? Masih banyak belum settle. Oh tadi En Abah panggil lori sewa untuk amik barang-barang perabot kitorang yang dah tak boleh pakai. Nak suruh diorang amik and sukati diorang le nak buat apa dengan perabot tu. Dalam tepon kata upahnya RM150. Sekali bila dia dah angkut masuk dalam lori, dia caj RM320! Hamek ko! Gila pentipu betul! En Abah bertekak bagai nak rak dengan dia. At last bayar RM280. Adeh. Gila jauh beza dari RM150 tu. Hampeh punya orang.


Hm rumah ni cat pun dah habis lagi. Hehehe. Entah sempat ke tak nak siapkan before raya ni. Paip belakang tu bocor. Esok plumber sampai. Railing untuk langsir tak pasang lagi. Bila tah nak pasang. Lain-lain tu benda-benda keperluan la yang nak kena beli. Haih penat betul nak pindah rumah ni. 


Dulu last time kitorang dok sini, Irma baby lagi. Tidur kat playpen. Imran pulak tidur sekatil dengan kitorang laki bini. Now masing-masing dah besar dan tidur pun boleh tahan lasak, kena pulak belikan tilam baru sorang satu. Pastu masing-masing dah sound awal-awal nak cadar Ultraman dengan cadar princess. Amboi. Masalahnya tilam pun mama tak beli lagi nak oii. Hahaha.


Pinggan mangkuk untuk kegunaan harian tu ada la tapi kalau ada tetamu datang (ada ke?) aku tak tau la nak hidang dalam pinggan apa. Keh keh keh. 


Yang dok buat tertangguh-tangguh nak siapkan rumah ni bukan apa. Sebab kitorang tak duduk situ. Pastu bulan puasa pulak kan. Sibuk nak berbuka kat Cheras. Dah sampai Cheras adalah tak kuasa nak ke Shah Alam balik. Plus dengan aku yang dah bolehlah dikatakan tengah agak sarat ni memang cepat bebenor penatnya. Sudahnya selalunya En Abah le yang buat kerja sorang-sorang. Sian dia.


Hopefully sempat le kami nak rasmikan rumah ni before raya. Plan En Abah - nak suruh aku masak ketupat kuah kacang rendang bagai kat rumah sendiri. Haiyo. Mampu ke aku ni? Hahahaha. Anyam ketupat pun aku fail. Hahahaha.


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!