Marilah lupakan kisah yang membencikan kalo tak nanti stress manjang.
Better cerita pasal benda yang menggembirakan seperti jamuan raya kecil-kecilan untuk sedara mara di hujung minggu.
Ye, last week kami laki bini jemput sedara-mara dekat untuk sesi makan-makan sempena raya. Tekalah siapa yang memasak. Hahaha. Aku la siapa lagi. Ada orang tu memula volunteer nak masak tapi sudahnya aku jugak yang terkedek sorang-sorang kat dapur tu. Hehe. Takpelah sebab orang tu sibuk kemas rumah dan sorok apa yang patut supaya rumah takde lah nampak bersepah sangat :P. Ada excuse di situ.
Kitorang eh, aku masak sup tulang dengan sup ayam. Makan bersama bihun atau mee kuning atau nasi impit ikut sukati tetamu. Kononnya masak sup tulang style utara lah konon. Entah ori ke tak rasa sup utara aku tu. Yang penting bihun haruslah kaler kuning dan ada sambal merah dia tu instead of cili kicap.
Memandangkan aku tak pernah memasak untuk lebih kurang 100 orang, penatnya Ya Rabbi tuhan ajelah yang tahu. Panik pun ye. Maklumlah selama ni masak untuk 2-3 orang je makan kan. Tetiba hamek ko kena masak untuk 100 orang. Haruslah menggelabah tak tentu pasal. Hahaha.
Resepi aku amik dari MyResepi. Memang sedaplah. Dan Alhamdulillah dapat pujian ramai. Ecewah. Paling penting En Abah puji melangit dan makan bertambah-tambah. Susah wooo nak dapat pujian dia nih. Paling tak pun komennya sekadar "ok" atau paling hebat pun "sedap". Tapi kali ni dia puji "sedap giler" banyak kali. Hahaha. Haruslah aku kembang kan walaupun sekadar ikut resepi orang. Muahaha.
Kitorang susun masa pagi sedara belah En Abah yang datang. Petang pulak sedara aku. Preparation mula sejak hari Jumaat lagi. Majlis hari Ahad. Hari Jumaat tu En Abah sekadar pi beli tulang dengan daging aje. Start hari Sabtu barulah beli benda-benda lain. Siap pi beli pokok kat Sungai Buloh dengan lampu kat Setia Alam. Siap tukar lampu ko!
Petang Sabtu tu aku start masak. Mula dengan sup ayam dulu sebab takde periuk besar. Sup ayam ni khas untuk FIL sebab diorang tak makan daging so buat sikit-sikit aje. Main menu adalah sup tulang + daging.
Kononnya lepas pasang lampu nanti kitorang nak pi beli periuk saiz 44cm kat Seksyen 7. Sekali bila pi aje, kedai dah tutup. Ah sudah! Apa lagi aku pun roger2 la mak aku kat Cheras. Nasib baik la ayah aku sudi hantarkan periuk. Hehe. Inilah penangannya kalau buat kerja last minute. Oh kitorang decide nak buat jamuan ni masa hari Khamis ok. Memang last minute sungguh la.
Malam tu baru la aku start masak sup tulang + daging. Start rebus tulang pukul 1.45 pagi ok. Muahaha. Sampai tertidur-tidur aku. Daging tu apinya aku biarkan aje sampai Subuh.
Pagi pukul 10 rumah kitorang still macam tongkang pecah lagi. Mak sedara En Abah pulak dah start kol tanya direction rumah. Hoho panik panik panik! Aku dengan belum mandinya menyambut mak sedara En Abah. Hahaha. Dah la FIL dengan parents aku belum sampai so alat-alat bantuan macam tempat hidang sup takde lagik. Sudahnya mak sedara En Abah terpaksa la self-service masuk dapur kaut sup sendiri. Hahaha. Dasat ek?
Lepas tu start le sedara mara datang. Aku adalah super penat sebab tidur 2 jam lebih je malam sebelumnya. Tengah hari tu aku lepak baring kat bilik jap sementara parents aku ada kat bawah. Penat wooo. Pinggang dah mencucuk-cucuk macam apa. Siap aku cakap kat En Abah, "Lenkali kita order aje laaa makanan. Huhu."
Tau En Abah cakap apa? "Kalau order tak dapat sedap macam ni." Boleh? Takpelah aku anggap tu pujian dari suami yang bininya masak sedap. Kehkehkeh.
Petang tu lepas orang semua dah balik aku memang dah exhausted giler. En Abah suruh aku rest aje. Pukul 9.30 malam aku dah bawak anak-anak naik bilik paksa diorang tidur sama-sama dengan aku sementara En Abah kemas rumah. Ehehe. Nasib baik lah En Abah volunteer nak kemas rumah sorang-sorang. Kalu dak memang aku merajuk lah! :P
Esok pagi aku sungguh tak larat. Maka aku gi klinik. Doktor check bp aku rendah so dia bagi rest 2 hari. Hoyeh dapat mc dua hari. Hahaha. Semalam hantar anak-anak ke taska sementara aku membuta kat rumah. Hihi.
Seronok jamu orang makan ni. Tapi lepas semua orang dah balik memang aku rasa macam nak nangis. Muahaha. Mungkin kerana telah memboyot maka mudah sangat la rasa penat.
Insyaallah ada rezeki tahun depan kitorang buat lagi. Insyaallah aku masak kalau aku tak pregnant (lagi) tahun depan. Miahahaha. Kali ni kita try jemput kawan-kawan sekali :)
3 comments:
letihnya masak byk dgn bawak perut..syabbas!
masa nak masak.. nak menjemput orang mmg best. masa nak kemas tu rasanyer nak pasang orang gaji jerk... hehehe....
syabas atas usaha gigih ini... kalau bab jemput orang makan mmg i tukang kupas bawang jerk... dan tukang hidang. tukang masak mesti ler en. hubby. dalam satu rumah mesti ada satu tukang... tukang sepah dan tukang kemas, tukang masak dan tukang makan... hehehe...
eis,
memang letih. tu yang tumbang 2 hari. ekeke.
cik pau,
malam tadi baru la kitorang betul2 settle kemas dapur. hahaha. punya la amik masa nak mengemas.
Post a Comment