Wednesday, May 2

Hallo!

Fuh!!! Fuh!!! 

Lama sungguh tak singgah sini. Berabuk beb! :P 

Sejak2 pregnant lain macam pulak malasnya nak menulis kat blog. Terabai sampai ke sudah. Sian blog haku. 

Sebenarnya takde mende yang nak diceritakan. Hidup biasa-biasa aje. Jadual makin padat, kerja makin banyak, tanggungjawab makin berat. Tapi kita redah ajer lah kan. 

Cerita terbaru, hari tu ada Meet Teacher's Day. Hari report card gitu. 

Imran dapat nombor 9 daripada 12 orang student. Hihi. Bila tengok report card dia, exam bertulis memang dia excellent. Tang oral test tu yang banyak dapat B. Oral test ni kata cikgu dia macam kena baca AlFatihah, sebutkan rukun Islam etc. Kata cikgunya Imran ni ingat separuh2. Bagi aku, mungkin Imran masih pelat sikit2 so bila suruh baca Fatihah tu ala-ala macam tak ingat pulak.

Imran dalam kelas sangat baik. Duduk diam aje dengar cikgu ajar. Tak suka cari pasal dengan budak lain. kata cikgu dia, kalau dia bising maknanya adalah budak yang sakat dia dulu tu. Haha. Imran ni memang tak berapa suka main kasar2 dengan budak yang sebaya dia. Tapi, kalau jumpa sepupu2 dia yang dah darjah 5/6 tu, hah pernah sampai menangis bila bergasak dengan Imran. Hihi.

Cuma, kata cikgu Imran ni, dia tang pengurusan diri tu agak slow sikit. Tak reti nak pakai baju (berbutang) sendiri, pakai seluar pun kat pinggang tu bergulung2 (haha). Takpelah abang. Pelan-pelan kayuh. Nanti pandailah.

Irma pulak dapat nombor 8. Dari 12 orang jugak. Cikgu Irma tak sangka dia dapat nombor 8. Dia expect Irma boleh dapat top 3. Sebab Irma ni sangat suka belajar dalam kelas. Lepas tu cikgu dia sangat teruja bila cakap Irma boleh tulis nama sendiri. Hihi. Sebenarnya sebelum sekolah lagi dia dah boleh tulis nama dia. Sebab dia memang suka menulis (aka menconteng). So takdelah terkejut sangat dengar cikgu dia cakap.

Kata cikgu Irma, masa exam Irma banyak berangan. Aku rasa masa tu kitorang baru je balik umrah, so maybe dia masih kepenatan lagi kot. Aku sendiri amik masa seminggu nak adjust time tidur bila balik Malaysia hari tu. Budak-budak apatah lagi kan.

Irma ni kata cikgu dia jugak suka menyanyi sorang-sorang. Pastu kuat berangan. Ye, anak dara tu memang suka menyanyi pastu feeling-feeling berlakon video clip. Hahaha. Aku sendiri pernah nampak dia berangan. Ada sekali tu kitorang gi SACC. Masa tu diorang pasang lagu Rossa. Si Irma dok menyanyi-nyanyi sambil pandang lantai, kuis-kuis kaki konon feeling macam kat pantai la. Penat aku tahan gelak masa tu. Hahaha.

Apa pun, aku cukup bangga dengan anak-anak aku. Walaupun tak dapat nombor satu, bagi aku buat masa ni diorang ada minat nak belajar pun aku dah syukur. Balik sekolah dok asyik la baca doa macam-macam, baca surah 3 Qul. Pernah sekali tu diorang ni baca doa yang aku tak familiar. Bila aku tanya diorang kata doa masa hujan. Oh aku sendiri pun tak tahu doa masa hujan macam mana. Kantoi di situ hahahaha.

As for Raisha, semalam genap 6 bulan. Baru nak start bagi bubur nasi + susu. Buat masa ni dia macam tak berapa nak je makan bubur. Tapi kalau tengok orang makan mulut tu memang terkulat-kulat lah. Kesian je tengok.

Kat taska aku suspect dia tak berapa minum EBM la. Sebab selalu jugak la diaper dia tu aku tengok kencing kuning pekat. Tak cukup air la tu kan? Kalau kat rumah takde pulak kaler pekat macam tu. Sian anak aku. Dia tetap nak direct jugak. Nak buat macam mana dik. Mama kerja. Kalau boleh bawak gi ofis memang aku bawak aje.

So, itulah latest update dari aku. Hoho.

Oh ye. Pagi esok Inshaallah nak gi bercuti naik belon AA yang dah dibook sejak setahun lepas. Tambang seposen le katakan. Risau gak aku kang bos aku kata asyik bercuti je budak sorang ni. Nak buat camno. Gi umrah tu last minute punya plan. Dah rezeki depan mata kita grab ajelah kan. Hehe.

Ok. Mari sambung kerja.


 
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!