Monday, May 14

Cerita Seminggu

Ola!


Seminggu lebih saya cuti. Wahaha. Khamis hingga Isnin memang pi bercuti. Selasa sampai Jumaat pulak mc. Huhu. 


Khamis sampai Isnin kitorang pi Kuching. Tapi yang betul-betul berjalan cuma Sabtu sampai Isnin je. Khamis-Jumaat  saya dan En Abah melepek atas katil kat hotel. Demam menggigil uols. 


Sebenarnya dari hari Rabu tu lagi saya dah rasa seram-sejuk. Siap pi klinik. Dapat la ubat tahan sakit. Lepas 4 jam je start menggigil balik. 


Pagi Khamis En Abah pulak demam. Sudahnya sampai je Kuching saya dengan En Abah berselubung dalam selimut dek kesejukan akibat demam. Kesian kat budak-budak. Tak dapat nak bawak berjalan. Kitorang cuma keluar hotel time nak cari makan je. Hehe. Selebihnya memang habiskan masa kat hotel. Tido.


Khamis malam tu, demam-demam pun tetap ada hati nak ke TopSpot. Kitorang makan kat Muslim Seafood. Makan udang galah (2 ekor) masak asam pedas, midin belacan (untuk dua orang), tomyam. Total RM57. Pastu siap makan umai (order dari gerai lain). Sepinggan RM18. Sedap jugak. Cuma saya tak berapa nak makan. Nak habiskan sepinggan nasi pun payah. Tekak tak lalu. En Abah kata sedap giler. Saya pulak rasa masin semuanya. Maybe sebab tekak sakit.


Hari Jumaat tu pergi la klinik. Pelik kat Kuching ni ek kliniknya masa office hour je. Time kitorang mencari klinik tu dah dekat-dekat pukul 6. Takde satu pun klinik yang bukak! Haiyo. Sudahnya kitorang bertahan aje lah sampai esok paginya baru la ke klinik.


Jumaat malam makan kat RJ Ayam Bakar. Saya order Nasi ayam bakar. Ayam bakarnya sedap boleh tahan. Tapi sambalnya saya tak makan. Pedas woo!!! Udah le tekak sakit. Karang kalau makan pedas-pedas harus pecah anak tekak nanti. Hahaha.


Sabtu pagi tu pi klinik. Rupanya tonsil saya bengkak besar sangat. Patutlah susah bebenor nak telan apa-apa. Nak minum air pun rasa sakit. Huhu.


Lepas ke klinik baru la meredah ke Jong's Crocodile Farm. Tu pun terpaksa redha terlepas feeding time diorang. Kitorang sampai pukul 12 lebih. Hihi. Sekadar tengok buaya kekenyangan aje la. Hahaha. Tapi, memang besar-besar buaya kat situ. Takut mak nengok! 


Lepas gi taman buaya tu cadang nak gi Semenggoh. Tengok orang utan. Sekali masa kitorang sampai sana dalam pukul 2 gitu la. Pastu baca kat situ kata kena jalan 1.3km lagi, terus kensel. Hahahaha. Haku dah tak larat nyah oi. Dengan demam, kepala weng macam apa. Adalah tak koser nak berjalan ke dalam. Kalau tak demam mungkin akan redah. So, kitorang terus ke Kuching la. Haha.


Nak ke Pasar Serikin pun tak koser sebab panas sangat. Kalau ikutkan apa yang tercatat kat kereta sewa tu, katanya cuaca masa tu 39 darjah Celcius. Hoho. Takpelah. Kesian kat budak-budak dan diri sendiri. Takut budak-budak pulak yang demam nanti. Diri sendiri pun dah tak koser nak berjalan masa tu. Tutup sebelah mata ajelah masa lalu kat persimpangan ke Serikin tu huhu.


Malam tu ke Pasar Satok. Tak beli apa-apa pun. Pi makan je. Teringin nak beli kepak ayam la bagai tapi tekak tak mengizinkan. Sudahnya saya cuma makan mi sup aje. Tu pun tekak rasa masin.


Hari Ahad pagi tu ke Satok semula. Beli T-shirt, souvenir sikit-sikit. Breakfast kat Ceria Cafe. Makan Mee Jawa yang ada sate tu. Sedap!


Lepas tu kitorang ke Kampung Budaya Sarawak. Dari dulu lagi banyak kali saya bagitau En Abah harga tiket ke SCV ni sekian sekian harganya, apa ada kat sana etc. Ingatkan dia register la semua fakta-fakta yang saya bagi tu. Sekali tu masa bayar harga tiket boleh pulak dia terkejut badak. Haha. Sabor je lah.


Ke SCV memang seronok lah. Tengok rumah-rumah kat sana. Bak kata En Abah, macam dah melawat satu Sarawak pulak. Hehe. Paling best bila tengok performance diorang lah. Baru lah En Abah kata tiket nya memang sangat berbaloi. Siap dia kata, kalau harga tiket RM100 pun dia tak kisah sebab performance memang best. Hehe. Baru tau.


Oh Irma dengan Raisha siap naik pentas lagi berjoget dengan penari-penari kat sana. Hehe. Imran memula nak ikut tapi lepas tu ala-ala malu la pulak anak teruna sorang tu. So, dia tengok dari bawah aje lah.


Malam tu kami ke TopSpot lagi. Di Muslim Seafood lagi. Tak berani nak try tempat lain.


Kali ni siap makan manok pansuh. Pastu makan ketam black pepper. Saya order sup gamat untuk kesihatan lah konon. Tapi tak mampu nak makan weh. Tak rasi dengan tekak gue. Pastu makan ambal (pepahat) masak kari kering. Midin belacan tak dilupa jugak. Kali ni order untuk makan sorang je sebab banyak. En Abah order tomyam. Semua sekali tak termasuk manok pansuh dan air, cuma RM54. Murah kan? Murah la tu. Tomyam dia kitorang order untuk makan sorang tapi besar weh. Boleh makan 3-4 orang. 
 


Hari Isnin kitorang check out awal. Lepas tu berjalan kat main bazaar sekejap, pastu ke Kampung Gersik beli kek lapis dengan ikan terubuk masin. Tak beli kat pasar Satok pun hari tu. Lupa. Haha. 


Lepas tu bergegas le hantar kereta sewa ke airport. Pukul 3 naik flight ke LCCT. 


Alhamdulillah selamat sampai ke LCCT. Tak puas berjalan kat Kuching. Semuanya gara-gara demam. Oh esoknya saya sakit mata pulak. Dua-dua belah pulak tu. Merah pastu gatallllll gila. Pi klinik, dapat mc 4 hari. Kena Konjungtivitis la pulak kan. Amik ko cuti lama gila.


Eh bebel panjang-panjang takde pulak letak gambar ek. Nantilah ek. Belum transfer (a.k.a malas) gambar ke PC. Kendian kendian lah ok. Tata!




 

Wednesday, May 2

Hallo!

Fuh!!! Fuh!!! 

Lama sungguh tak singgah sini. Berabuk beb! :P 

Sejak2 pregnant lain macam pulak malasnya nak menulis kat blog. Terabai sampai ke sudah. Sian blog haku. 

Sebenarnya takde mende yang nak diceritakan. Hidup biasa-biasa aje. Jadual makin padat, kerja makin banyak, tanggungjawab makin berat. Tapi kita redah ajer lah kan. 

Cerita terbaru, hari tu ada Meet Teacher's Day. Hari report card gitu. 

Imran dapat nombor 9 daripada 12 orang student. Hihi. Bila tengok report card dia, exam bertulis memang dia excellent. Tang oral test tu yang banyak dapat B. Oral test ni kata cikgu dia macam kena baca AlFatihah, sebutkan rukun Islam etc. Kata cikgunya Imran ni ingat separuh2. Bagi aku, mungkin Imran masih pelat sikit2 so bila suruh baca Fatihah tu ala-ala macam tak ingat pulak.

Imran dalam kelas sangat baik. Duduk diam aje dengar cikgu ajar. Tak suka cari pasal dengan budak lain. kata cikgu dia, kalau dia bising maknanya adalah budak yang sakat dia dulu tu. Haha. Imran ni memang tak berapa suka main kasar2 dengan budak yang sebaya dia. Tapi, kalau jumpa sepupu2 dia yang dah darjah 5/6 tu, hah pernah sampai menangis bila bergasak dengan Imran. Hihi.

Cuma, kata cikgu Imran ni, dia tang pengurusan diri tu agak slow sikit. Tak reti nak pakai baju (berbutang) sendiri, pakai seluar pun kat pinggang tu bergulung2 (haha). Takpelah abang. Pelan-pelan kayuh. Nanti pandailah.

Irma pulak dapat nombor 8. Dari 12 orang jugak. Cikgu Irma tak sangka dia dapat nombor 8. Dia expect Irma boleh dapat top 3. Sebab Irma ni sangat suka belajar dalam kelas. Lepas tu cikgu dia sangat teruja bila cakap Irma boleh tulis nama sendiri. Hihi. Sebenarnya sebelum sekolah lagi dia dah boleh tulis nama dia. Sebab dia memang suka menulis (aka menconteng). So takdelah terkejut sangat dengar cikgu dia cakap.

Kata cikgu Irma, masa exam Irma banyak berangan. Aku rasa masa tu kitorang baru je balik umrah, so maybe dia masih kepenatan lagi kot. Aku sendiri amik masa seminggu nak adjust time tidur bila balik Malaysia hari tu. Budak-budak apatah lagi kan.

Irma ni kata cikgu dia jugak suka menyanyi sorang-sorang. Pastu kuat berangan. Ye, anak dara tu memang suka menyanyi pastu feeling-feeling berlakon video clip. Hahaha. Aku sendiri pernah nampak dia berangan. Ada sekali tu kitorang gi SACC. Masa tu diorang pasang lagu Rossa. Si Irma dok menyanyi-nyanyi sambil pandang lantai, kuis-kuis kaki konon feeling macam kat pantai la. Penat aku tahan gelak masa tu. Hahaha.

Apa pun, aku cukup bangga dengan anak-anak aku. Walaupun tak dapat nombor satu, bagi aku buat masa ni diorang ada minat nak belajar pun aku dah syukur. Balik sekolah dok asyik la baca doa macam-macam, baca surah 3 Qul. Pernah sekali tu diorang ni baca doa yang aku tak familiar. Bila aku tanya diorang kata doa masa hujan. Oh aku sendiri pun tak tahu doa masa hujan macam mana. Kantoi di situ hahahaha.

As for Raisha, semalam genap 6 bulan. Baru nak start bagi bubur nasi + susu. Buat masa ni dia macam tak berapa nak je makan bubur. Tapi kalau tengok orang makan mulut tu memang terkulat-kulat lah. Kesian je tengok.

Kat taska aku suspect dia tak berapa minum EBM la. Sebab selalu jugak la diaper dia tu aku tengok kencing kuning pekat. Tak cukup air la tu kan? Kalau kat rumah takde pulak kaler pekat macam tu. Sian anak aku. Dia tetap nak direct jugak. Nak buat macam mana dik. Mama kerja. Kalau boleh bawak gi ofis memang aku bawak aje.

So, itulah latest update dari aku. Hoho.

Oh ye. Pagi esok Inshaallah nak gi bercuti naik belon AA yang dah dibook sejak setahun lepas. Tambang seposen le katakan. Risau gak aku kang bos aku kata asyik bercuti je budak sorang ni. Nak buat camno. Gi umrah tu last minute punya plan. Dah rezeki depan mata kita grab ajelah kan. Hehe.

Ok. Mari sambung kerja.


 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!