Tuesday, November 12

6 Kelebihan Penurunan Berat Badan Secara Perlahan (Slow Weight Loss)

Penurunan berat secara mendadak biasanya memerlukan 'extraordinary efforts' (usaha yang berlebihan) dalam pemakanan dan juga senaman - makan sikit, tak makan nasi langsung, exercise secara berlebihan etc.

Usaha ini adakalanya tidak sihat untuk tubuh badan kita serta agak susah untuk kita sendiri maintain dengan cara tersebut.

Sekadar gambar hiasan


Menurut Donald Hensrud, M.D., pakar nutrisi di Mayo Clinic, penurunan berat yang disarankan ialah sebanya 1 hingga 2 pound seminggu (0.45 kg ke 1 kg). Nampak sedikit, tetapi dengan penurunan sebegini lebih mudah untuk kita maintain berat tersebut untuk jangkamasa panjang. 

Penurunan berat secara drastik juga biasanya menunjukkan bahawa bukan lemak yang anda hilangkan, tetapi biasanya air ataupun tisu.

Jom kita tengok kenapa penurunan berat badan secara perlahan lebih baik daripada turun berat secara mendadak.

Pengedar Shaklee Terbaik
1. Mengekalkan Berat Badan Yang Baru


Nak menurunkan berat badan tidaklah sesukar mengekalkan berat badan tersebut. Jika turun berat secara mendadak, kemungkinan untuk berat naik semula (malahan lebih lagi) adalah tinggi. Turun berat secara mendadak biasanya akan membuatkan metabolisme anda semakin rendah selepas beberapa ketika anda berdiet, dan ini akan menmbuatkan lebih payah untuk anda turunkan berat badan. Sedangkan jika turun berat secara perlahan dan sederhana, metabolisme akan kekal efisyen dan anda akan kehilangan berat pada kadar yang lebih stabil.


2. Lebih Selamat

Hilang kilo secara perlahan memastikan anda tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan yang berkaitan dengan kehilangan berat badan. Berat badan yang hilang secara pantas menyebabkan tubuh kehilangan nutrien, dehydration, osteoporosis dan juga serangan jantung! Ingat tak ada kes orang yang meninggal kerana makan pil kurus? Kehilangan berat secara perlahan membiasakan tubuh anda untuk menerima corak pemakanan anda yang baru.

Pengedar Shaklee Terbaik di Malaysia


3. Mengelakkan Kehilangan Otot

Crash diet atau diet secara ketat menyebabkan tubuh menerima kalori yang tidak mencukupi. Apabila tubuh anda kekurangan kalori, ia akan cuba mencari tenaga tambahan dari sumber lain, seperti sel otot. Akibatnya, tubuh badan akan jadi kurang pejal/montok. 


4. Mengelakkan Kulit Menggeleber

Penurunan berat badan secara mendadak menyebakan kulit menjadi menggeleber. Walaupun kulit merupakan organ manusia yang elastik, ia mengambil masa untuk adjust kepada tubuh badan yang baru. Jika penurunan berat berlaku secara perlahan dan sekata, kulit kita mempunyai masa yang cukup untuk adjust kepada saiz tubuh kita.


5. Rambut Yang Lebih Sihat

Antara masalah yang dihadapi apabila kehilangan berat badan secara mendadak ialah keguguran rambut. Apabila anda mengurangkan pengambilan makanan, badan akan kekurangan nutrisi dan vitamin penting untuk kesihatan rambut. rambut akan semakin kering dan rosak, dan seterusnya gugur.

Pengedar Shaklee


6. Kurang Letih

Kebanyakan crash diet menyebabkan pengambilan makanan rendah kalori dan protein, dan tidak memberikan tenaga yang cukup untuk anda jalani rutin harian. Ini menyebabkan anda keletihan dan tidak bermaya sepanjang hari. Jika anda mengurangkan berat badan secara perlahan, anda bukan saja tidak penat, malahan akan mempunyai tenaga ekstra untuk anda gunakan ketika bersenam dan bersukan.


Jika anda sedang dalam proses atau ingin menurunkan berat badan secara selamat, kami sarankan anda untuk cuba Set Kurus Shaklee secara konsisten. Inshaallah anda akan mendapat berat badan ideal nanti.



Shaklee Independent Distributor
ID 1001018
SMS/WhatsApp 01137081912







Klik sini untuk dapatkan info dan berita tentang produk Shaklee



Ingin tahu harga produk Shaklee? Sila klik sini



Daftarlah sebagai ahli Shaklee hari ini dan nikmati pelbagai kelebihannya!


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!