Yoshh...
Dah lama tak bercerita pasal makan-makan kan?
Hari ni nak share satu port breakfast yang jadi favourite kami laki bini kat Seksyen 7, Shah Alam.
Nama restorannya Restoran Selera Alam. Berdekatan dengan Poliklinik Syahirah, tempat saya lahirkan dua anak-anak saya.
Pertama sekali, kebersihan. Prinsip kami, nak tengok bersih ke tak restoran tu, sila jengah ke tandasnya. Kalau tandas bersih, Inshaallah yang lain tip-top.
Tandas kat sini, Mashaallah SANGAT bersih! Silap-silap lagi bersih dari tandas rumah kita. Ekekeke. Rasa sangat selesa masuk tandas dia.
Yang kedua, opkos makanan dia. Paling kaw kaw ialah roti canai.
Rangup garing di luar. Lembut di dalam. Nyum nyum. Kuah dia pun best. Pekat dan sedap.
Paling best, roti canai dibuat bila kita order. Haaa takde lah buat siap siap pastu simpan dalam bekas tahan panas macam kat sesetengah kedai mamak hehehe.
Antara menu lain yang menepati anak tekak saya ialah lontong dan nasi lemak nya. Kira boleh belah laa...
Gandingan yang sedap untuk nasi lemaknya ialah sambal sotong. Memang sodap!
Kalau menu lain-lain tu saya tak pasti la. Sebab biasanya memang pilih antara 3 menu ni je kehkehkeh.
Tapi percayalah cakap saya. Roti canai dia memang terbaik! Lepas makan roti canai kat sini gerenti takmo dah makan roti canai mamak. Opps! No heart feeling ye peminat setia mamak :)
Kalau rasa-rasa teringin nak try tempat baru di Shah Alam, bolehlah try ke sini.
Sebelum makan roti canai yang sedap jangan lupa minum ESP untuk dapatkan kulit yang gebus, dan sumber protein terbaik.
Tak pun ambil Cinch Shake untuk bantu penurunan berat badan ;)
Lepas makan pulak, yang nak jaga berat badan bolehlah ambil Lecithin dan Omega Guard okay.
Semua ni boleh dapat dalam Set Kurus tau.
Selamat bersarapan!
Nota ZZ: Ini bukan iklan berbayar. Takde makna orang nak hire saya buat iklan :P
Shaklee Independent Distributor
ID 1001018
SMS/WhatsApp 01137081912
Ingin tahu harga produk Shaklee? Sila klik sini
Daftarlah sebagai ahli Shaklee hari ini dan nikmati pelbagai kelebihannya!
No comments:
Post a Comment