Musim demam.
Korang kalau demam kan, korang ada selera nak makan tak? Biasanya korang makan apa eh time demam?
Demam-demam pun comel |
Saya belasah je makan macam biasa. Hahahaha. Tapi En Suami kalau demam tekaknya mula la takmo makan nasik.
Paling hebat kalau demam dia nak makan satay. Menu yang paling zuhud dia akan request bubur nasi kosong dengan sambal ikan bilis.
Sambal ikan bilis dari blog ni. Gambar bubur sila google sendiri. |
Sambal ikan bilis fav En Suami katanya lagi banyak minyak lagi bagus. Haih. Ikutkan ajelah tekak orang sakit kan. Hehe.
So hari ni marilah kita letak resepi sempoi sambal ikan bilis orang demam untuk nambah entri dalam blog sendu ni. Resepi bubur nasi boleh google sendiri ye anak-anak. Biasa tau dia bubur nasi pun tak reti buat. Hepp! :P
Sambal Ikan Bilis Orang Demam
Untuk dua orang makan
Bahan-bahan:
Ikan bilis yang telah dibersihkan dalam segenggam dua
Bawang besar - 1 biji - potong bulat
Minyak masak
Blend:
Cili kering (dipotong, rendam dan tos) - 20 batang
Bawang putih - 2 ulas
Bawang merah - 2 biji
Halia - setengah inci
Cara-cara:
1. Panaskan kuali & minyak. Pastikan minyak dalam kuantiti yang agak banyak.
2. Tumis 1/4 biji bawang besar yang telah dipotong bulat tadi sehingga naik bau.
3. Masukkan bahan blend. Api biar sederhana saja. Tunggu sehingga pecah minyak.
4. Masukkan ikan bilis. Gaul rata. Biar sambal meresap dalam ikan bilis.
5. Perasakan dengan garam. Garam takyah banyak sebab ikan bilis dah masin. Takmo letak pun takpe Terpulang ikut selera memasing.
6. Akhir sekali masukkan bawang besar. Gaul-gaul sekejap.
Tutup api. Siap!
Lagi banyak bawang besar, lagi terasa manis sambal tu. Me loike!
Lepas makan bubur nasi 3 mangkuk, kita bagi pulak En Suami makan Nutriferon dengan Vitamin C. Biar cepat kebah demam tu ye En Suami.
Shaklee Independent Distributor
ID 1001018
SMS/WhatsApp 01137081912
Ingin tahu harga produk Shaklee? Sila klik sini
Daftarlah sebagai ahli Shaklee hari ini dan nikmati pelbagai kelebihannya!
No comments:
Post a Comment