Wednesday, July 1

Cutest Baby In Car Seat

MomBloggersPlanet sedang menganjurkan satu lagi Cutest Baby Photo Contest, anjuran bersama PhotoBookMalaysia dan juga AliceWonders. Tema bulan Julai ini ialah: Cutest Baby In Car Seat.


Marilah kita mencuba nasib dengan menyertai contest ini. Hihihi.


Hmm... saya ada ke gambar Imran atau Irma dok dalam car seat ek? Jap nak gali dulu.


OK. Jumpa.


1st contestant....


Bersama Mon tersayang....



Sorry gambar senget ;P


Nama: Muhammad Imran Danish bin Mohd Hazrin

DOB : 5 Mei 2007

Car seat dalam gambar ialah chap Sweet Cherry berwarna merah yang saya sambar di Jusco selepas mendapat discount voucher sebanyak RM70. Masih digunakan sehingga kini walaupun sudah dinodai dengan bermacam-macam benda ie serpihan biskut, roti, kencing Imran. Hehehe. Imran pun suka duduk dalam car seat ni.


2nd contetstant...


Yargh! Mari menggeliat!!!


Nama: Irma Adreanna binti Mohd Hazrin
DOB: 24 Mei 2008

Ini pun car seat/baby carrier chap Sweet Cherry. Juga dibeli di Jusco ketika sale. Hahaha. Ye, hidup mesti bajet.


Kenapa saya suka pakai car seat, kamu tanya?
Sebab memudahkan tugas seorang mama beranak dua, yang mana kedua-dua anak-anaknya sungguhlah aktif dan restless. Kalau tak duduk dalam car seat, haru biru gamaknya dalam kereta tu. Plus, bila dah terikat dalam car seat itu, Imran tidak akan dapat mencapai apa-apa di dashboard. So dia akan boring dan tertidur di dalam kereta. Hahaha. Begitu juga dengan Irma.


Lagipun, kalau guna car seat kan ke lebih selamat. Kot terkadang En Abah menekan brek secara tiba-tiba, so Imran dan Irma takde la tertonyoh hidung mereka di mana-mana bahagian di dalam kereta. Ataupun terjatuh lalu tertonggeng ke bawah. Huish. Sungguh bahaya kalau tak pakai car seat, tahu. Lagi satu extra point nya kalau pakai car seat, tangan saya akan bebas dari memegang anak-anak. So saya pun tidaklah penat dan boleh berangan mahupun tidur di dalam kereta. Hahaha.


P/S: Kawan-kawan, marilah kita memeriahkan lagik contest ini :)




4 comments:

Anasfadilah said...

Good luck ye :)

mamaDhea said...

mari mari..! :D

sya baru nak godek2 gambar bebudak ni kot2 ada yg boleh dipertaruhkan.. ecehwahh, poyo jek haku.. :P

zety, birthday imran dekat2 je dgn dhea.. dhea 1mei.. :D

Fid said...

kalu baby 'remaja'???

Unknown said...

gud luck... :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!