Wednesday, January 30

Batuk

Dah seminggu rasanya aku batuk, start dari lepas Imran baik demam. At first aku ignore je. Ingat batuk2 biasa. Tapi dah masuk seminggu ni batuk makin menjadi2 pulak. Susah nak berhenti bila dah start batuk.

Last Friday ada pi klinik. Dapat ubat batuk untuk jenis batuk yang takde kahak. 3 hari dah makan. Takde apa2 perubahan pun. Cuma aku perasan yang batuk aku dah ada kahak pulak. So semalam aku pi la Poliklinik Syahirah. Doktor kata kalau aku lambat lagi jumpa doktor maybe aku akan kena bronkitis. Huyo. Dasat rupanya batuk aku ni. Untuk keterangan pasal bronkitis, cuba check kat sini:
http://www.infosihat.gov.my/Penyakit_bronkitis_01.html

So aku dapat la mc. Balik rumah makan ubat. Lega sikit rasa. Aku ni siap dapat ubat untuk lelah lagi. Tapi kena ambik sekali je sehari, before tidur. Pagi tadi rasa lega. Batuk still ada tapi taklah kerap macam semalam. Alhamdulillah. Hopefully cepat sihat. Yang sedihnya Imran berjangkit pulak batuk dengan aku. Huhu.
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!